BANTUANMySARAMySARA 2024

MySARA 2024 : Bantuan Tambahan RM100 Untuk Penerima STR

MySARA 2024 : Bantuan Tambahan bernilai RM100 sebulan dikreditkan kepada penerima STR secara berperingkat bermula Januari ini. Inisiatif khas ini telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan sebagai insentif tambahan untuk penerima STR.

MYSARA 2024 : BANTUAN TAMBAHAN

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk terus melaksanakan program pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi sesi 2024. Penambahbaikkan juga telah dilakukan dengan menaikkan kadar jumlah bantuan kepada RM1,200 berbanding sebelum ini RM600.

Bukan itu sahaja, atas keprihatinan kerajaan telah memperluaskan peruntukan kepada sekitar 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ini bermakna kategori selain daripada miskin tegar juga akan mendapat manfaat dari pemberian ini.

Untuk makluman, pemberian bantuan tambahan ini diberikan bukan secara tunai. Ianya disalurkan secara pengkreditkan dalam mykad setiap penerima yang layak.

KADAR JUMLAH BANTUAN MYSARA 2024

Pihak kerajaan telah memaklumkan jumlah bayaran bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah pada tahun 2024 mengikut kategori adalah seperti berikut :

  • Kategori STR miskin tegar : RM1,200 (RM100x12 bulan)
  • Kategori STR miskin : RM1,200 (RM100x12 bulan)
  • Kategori isi rumah : RM300
  • Kategori bujang : RM150

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN MYSARA

Bagi pengetahuan umum, bantuan SARA ini diberikan secara automatik tanpa perlu mohon. Syarat kelayakan asas adalah seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Tersenarai dalam sistem data ekasih bagi kategori miskin
  • Golongan bujang dan isi rumah

Nota : Pengagihan bantuan khas ini telah mula disalurkan pada januari ini bagi kategori miskin tegar sahaja. Untuk kategori bujang dan isi rumah, tarikh pembayaran akan dimaklumkan kelak, amaun yang diterima boleh digunakan di mana-mana pasaraya berdaftar seluruh negara.

SEMAKAN STATUS MYSARA 2024

Sekiranya anda merupakan penerima STR pada tahun ini, semakan sama ada layak menerima insentif tambahan ini boleh dilakukan secara online. Untuk semak, sila layari laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button