AidilfitriBANTUANKerajaan

Senarai Bantuan Sempena Aidilfitri Mengikut Negeri

Senarai bantuan sempena aidilfitri mengikut negeri yang melibatkan jumlah bayaran RM350 sehingga RM1,500 bergantung negeri yang terlibat. Untuk makluman, kerajaan negeri dalam Malaysia kebanyakannya memberikan bantuan kewangan atau bonus sempena hari raya.

SENARAI BANTUAN SEMPENA AIDILFITRI

Untuk sedia maklum, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum umat islam menyambut perayaan raya aidilfitri. Dihalaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan inisiatif bantuan sempena aidilfitri mengikut negeri dan kadar jumlah bayaran.

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan insentif bantuan bonus raya sempena aidilfitri kepada mereka yang berkelayakan. Di bawah telah disediakan senarai bantuan negeri dan jumlah bayaran seperti berikut :

  • Kerajaan persekutuan memberi bantuan khas kewangan aidilfitri kepada seluruh penjawat awam gred 56 kebawah dan pesara kerajaan. Jumlah yang diberikan adalah sebanyak RM700 dan RM350.
  • Penjawat awam negeri Terengganu akan menerima bonus aidilfitri berjumlah RM700.
  • Seramai kira-kira 8 ribu penjawat awam negeri Pahang terima bantuan khas raya 2023 dengan jumlah RM1,200.
  • Bantuan kewangan khas aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam negeri sembilan.
  • Penjawat awam negeri Selangor terima bantuan raya aidilfitri minima RM1,000 atau sebulan gaji.
  • Negeri Perak telah umum bantuan sempena raya RM700 kepada penjawat awam.
  • Kerajaan negeri Kedah bersetujui menyalurkan pemberian bantuan khas aidilfitri berjumlah RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri.
  • Penjawat awam negeri Pulau Pinang akan menerima bantuan khas raya sebanyak RM1,500.
  • Kerajaan negeri Johor memberikan bantuan hari raya sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam negeri.

TARIKH BAYARAN BANTUAN AIDILFITRI

Untuk makluman, bantuan khas sempena hari raya aidilfitri ini akan dikreditkan secara berperingkat. Tarikh bayaran adalah mengikut kerajaan negeri yang bermula dari 17 April sehingga selewat-lewatnya 21 April 2023.

Untuk maklumat lebih terperinci, sila menhubungi pejabat ketua Menteri atau Menteri Besar mengikut negeri masing-masing. Senarai bantuan yang dimaklumkan diatas adalah khas untuk pejawat awam sahaja, untuk bantuan orang awam kerajaan telah umumkan pada sidang BELANJAWAN 2023

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai yang ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button