BanjirBANTUANKerajaan

Bantuan Kewangan IHSAN Sebanyak RM1000

Bantuan kewangan Ihsan adalah merupakan inisiatif dari pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan bencana alam banjir yang sedang melanda negara ini. Dalam usaha membantu meringankan beban rakyat Malaysia terutama golongan sasar dan kurang berkemampuan, pebagai jenis insentif telah dilancarkan.

Salah satu adalah bantuan kewangan ihsan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi mereka yang berkelayakan memerlukan pada waktu ini. Kadar bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada penerima bantuan yang layak.

PENERIMA BANTUAN IHSAN

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berkata bahawa pemberian bantuan wang ihsan akan diteruskan. Insentif ini akan diberikan kepada kumpulan keluarga isi rumah yang merupakan mangsa banjir dengan kadar jumlah bantuan sebanyak RM1,000 setiap keluarga.

Untuk makluman, pembayaran bantuan ini akan diberikan pada kadar segera secara berperingkat mengikut tempat sebelum banjir surut. Pemberian bantuan khas ini akan disalurkan kepada mangsa banjir yang berdaftar dan layak sahaja.

Hal ini kerana pada tahun sebelum, mengikut statistik mendapati jumlah mangsa banjir yang berdaftar berbeza dengan permohonan yang dibuat. Perkara ini akan diatasi dengan segera secara proaktif melalui agensi perlaksanaan bagi tujuan memastikan penerima yang benar layak mendapatkan bantuan ini supaya tidak tercicir dan berjalan lancar.

Tambahan, selepas banjir surut bantuan membaik pulih rumah turut akan diteruskan seperti tahun sebelum.

PEMBERIAN BANTUAN LZS

Selain itu, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga turut menyediakan bantuan zakat Selangor peduli pada kadar bantuan sebanyak RM600 diberikan secara ‘sekali bayar’ kepada golongan yang terjejas akibat bencana alam banjir.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama islam
  • Anak kelahiran negeri Selangor dan menetap di negeri ini
  • Bukan asal Selangor tetapi sudah menetap melebihi 3 tahun.

Sekiranya berkelayakan, permohonan bantuan zakat ini boleh dibuat secara online, sila layari laman rasmi LZS Peduli – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif. Khususnya bantuan berbentuk tunai untuk rakyat terutama kepada kumpulan B40 dan miskin tegar. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama –SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button