MyPSV Bantuan Lesen Untuk Golongan B40
Melalui sidang Bajet 2023, terdapat pelbagai jenis inisiatif bantuan telah diperkenalkan untuk tahun hadapan. Salah satu program bantuan adalah MyPSV Bantuan Lesen Memandu untuk golongan B40.
Inisiatif terutama bantuan kewangan amat diperlukan kepada golongan yang memerlukan. Ini kerana bukan semua orang bernasib baik dan dengan adanya pelbagai insetif bantuan dapat memberikan keceriaan dan meringankan beban rakyat Malaysia.
MYPSV BANTUAN LESEN MEMANDU
Program MyPSV bantuan lesen memandu ini adalah berbentuk lesen kenderaan yang melakukan perkhidmatan penumpang seperti lesen bas, teksi dan e-hailing.
Bantuan ini diberikan khusus kepada golongan belia terutama B40. Kerana golongan belia mewakil 1/4 populasi di negara Malaysia. Hal ini adalah kerana golongan belia adalah genenasi yang akan menentukan ekonomi negara pada pada akan datang.
Program bantuan ini diperkenalkan juga adalah bagi membantu golongan belia yang memerlukan. Hal ini kerana walaupun negara telah mencapai tahap tenaga penuh, tetapi kadar penganggur individu di bawah umur 26 tahun masih pada tahap tinggi dan amat menggusarkan untuk kestabilan ekonomi negara.
KADAR BANTUAN
Melalui program MyPSV ini pihak kerajaan telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya kos bayaran bagi mendapatkan lesen memandu kenderaan jenis bas, teksi serta e-hailing. Program ini adalah khas diberikan kepada golongan B40 terutama belia.
Jika anda ingin semak maklumat berkenaan perkara yang telah diumumkan pada sidang bajet 2023, anda boleh layari laman khas Bajet 2023 – DI SINI
OBJEKTIF PROGRAM MYPSV
Objektif utama perlaksanaan program MyPSV bantuan lesen memandu ini adalah seperti berikut:
- Membantu golongan B40 terutama belia yang memerlukan lesen mendu
- Membantu golongan yang kurang bernasib baik bagi menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang. Sebagai contoh seperti bas, teksi dan e-hailing.
Untuk makluman, program bantuan lesen memandu ini akan dilaksanakan pada tahun 2023. Segala maklumat berkenaan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
INFO LANJUT
Untuk ketahui lebih lagi mengenai senarai bantuan pihak kerajaan yang ada pada tahun ini. Bantuan yang layak untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – SEMAK SINI