KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran Wang KWSP Bagi Pembelian Rumah Pertama Tahun 2023

Sekiranya anda merupakan ahli pencarum KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) anda dibenarkan mengeluarkan wang simpanan untuk tujuan pembelian rumah pada tahun ini dan tahun 2023.

Disebabkan harga rumah di seluruh negara lebih-lebih lagi di kawasan bandar semakin meningkat, ramai yang tidak mampu untuk membeli. Di sini dikongsikan maklumat berkenaan cara untuk menggunakan wang KWSP bagi tujuan pembelian rumah sendiri khususnya untuk rumah pertama.

Syarat Pengeluaran KWSP Bagi Pembelian Rumah

Jika ingin membuat pengeluaran KWSP untuk membeli rumah perlu menepati syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Ahli merupakan Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun dan kebawah
  • Mempunyai baki minimum di dalam akaun 2 sebanyak RM 500
  • Pengeluaran untuk tujuan pembelian rumah
  • Belum pernah membuat pengeluaran KWSP untuk tujuan sama
  • Permohonan pinjaman telah diluluskan

Pihak KWSP membenarkan pengeluaran khas ini melalui akaun 2. Bayaran akan diberikan kepada pemohon dalam tempoh kira-kira 15 hari selepas permohonan dilakukan sekiranya semua dokumen lengkap telah dikemukakan.

Untuk mengetahui pelbagai maklumat berkenaan KWSP dan Inisiatif kerajaan terutama melibatkan bantuan kewangan yang boleh dimohon, sila join channel Telegram – DI SINI

Panduan Permohonan

Jika berminat, permohonan boleh dibuat dengan cara hadir ke pejabat KWSP berhampiran. Pemohon perlu sertakan dokumen penting seperti berikut untuk memudahkan proses semakan permohonan:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Penyata akaun simpanan
  • Buku bank jika ada
  • Surat perjanjian jual beli rumah

Untuk maklumat penuh berkenaan KWSP pembelian rumah secara terperinci, anda boleh rujuk di ruangan rasmi KWSP – DI SINI

Bagi makluman, untuk permohonan pengeluaran KWSP pembelian rumah anda perlu wajib hadir ke pejabat KWSP kerana pengecaman cap jari diperlukan untuk permohonan dijalankan oleh pemilik akaun sendiri. Untuk pembelian rumah kedua juga boleh dibuat tetapi dokumen berbeza diperlukan untuk permohonan.

Untuk semakan status permohonan atau pertanyaan mengenai KWSP anda boleh hubungi talian Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP 03-8922600 (waktu bekerja).

Maklumat Lanjut

Untuk semakan senarai kemudahan dan bantuan kerajaan yang ada pada tahun ini, anda boleh lihat di halaman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button