Cara Tuntut Kredit Ewallet Percuma RM200 : Semak Segera

Cara tuntut kredit ewallet RM200 yang ditawarkan secara percuma kepada mereka yang berkelayakan telah disediakan di halaman ini. Untuk makluman, kerajaan bersetuju untuk memberi insentif khas berbentuk bantuan etunai kepada rakyat Malaysia.
BANTUAN KREDIT EWALLET RM200
Pada sidang Belanjawan 2023, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai bantuan eBelia rahmah. Menerusi program khas ini, mereka yang terlibat boleh tuntut kredit ewallet berjumlah RM200.
Perlaksanaan program khas ini adalah bagi membantu meringankan beban serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai pada tahun ini. Mereka yang berkelayakan boleh tebus bantuan percuma RM200 ini melalui aplikasi edompet yang terlibat iaitu Touch N Go ewallet, Boost dan Setel.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang sudah ditetapkan oleh kerajaan bagi program bantuan khas ini seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia
- Golongan Belia
- Berumur 18 hingga 20 tahun (Tahun 2023)
- Tanpa had kelayakan bagi golongan mahasiswa berstatus sepenuh masa
TARIKH TUNTUT KREDIT EWALLET
Untuk makluman umum, program bantuan ebelia rahmah ini telahpun dilancarkan. Tarikh tuntutan boleh dilakukan adalah :
- Bermula 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023
- Mereka yang layak tebus, amaun tersebut (RM200) perlu dibelanjakan sebelum tarikh luput pada 31 Ogos 2023.
CARA TUNTUT KREDIT EWALLET
Kepada mereka yang layak dan masih belum tebus, masih belum terlambat untuk anda dapatkan manfaat dari bantuan ini. Cara tuntut dan maklumat lengkap telah disediakan, sila layari laman web rasmi EBelia Rahmah – KLIK DISINI
Untuk informasi tambahan, baru-baru ini kerajaan perpaduan telah mengumumkan satu lagi bantuan kredit etunai RM100. Bantuan ini akan ditawarkan kepada golongan dewasa yang mempunyai pendapatan tahunan dibawah RM100,000 (B40 dan M40).
Program pemberian etunai RM100 ini akan mula dilaksanakan pada suku akhir tahun ini iaitu diantara bulan Oktober hingga Disember 2023. Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
INFO LANJUT
Kepada mereka yang terlepas pandang, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.