BANTUANFASA 3STR

Bantuan STR Fasa 3 : Bayaran Sehingga RM800

Bantuan STR Fasa 3 (Sumbangan Tunai Rahmah) akan dibayar di peringkat seterusnya dengan kadar jumlah bayaran sehingga RM800. Untuk makluman, pembayaran STR fasa 1 da 2 telahpun selesai diagihkan pada bulan Januari dan April 2023.

Di halaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan kategori dan jumlah bayaran yang akan diterima bagi pembayaran sumbangan tunai rahmah fasa berikutnya.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR 2023)

Untuk sedia maklum, pemberian bantuan berbentuk tunai STR ini adalah merupakan inisiatif yang baru diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Jumlah bayaran yang ditawarkan adalah sehingga RM2,500 dan tambahan RM600 berbentuk bantuan bakul makanan.

Kadar jumlah bantuan STR bergantung kepada kategori kelayakan yang melibatkan bujang, warga emas dan isi rumah. Bayaran STR fasa 1 diberikan kepada bujang dan warga emas (RM100), isi rumah (RM300). Manakala fasa 2 bujang (RM100) dan isi rumah (RM200).

BAYARAN BANTUAN STR FASA 3

Untuk makluman, bayaran yang diberikan bagi fasa ketiga (3) adalah sehingga RM800. Berikut adalah kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori seperti dibawah :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM0 – RM2,500)

  • Tiada tanggungan anak : RM300
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2 orang) : RM400
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4 orang) : RM600
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) : RM800

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada tanggungan anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2 orang) : RM150
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4 orang) : RM200
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) : RM250

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200

BUJANG (21-59 TAHUN)

  • RM150

Nota : Bagi kategori bujang, penerima akan mendapat bayaran STR sehingga fasa 3 sahaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM350.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR FASA 3

Untuk pengetahuan umum, bayaran STR fasa ketiga telah dimaklumkan akan diberikan secara berperingkat pada bulan Julai 2023.

SEMAKAN STATUS MELALUI MYSTR

Kepada penerima sedia ada dan pendaftaran permohonan baru, anda boleh membuat semakan status STR anda secara online. Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada STR terdapat lebih banyak inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan tunai yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button