BANTUAN

Bantuan Kewangan RM 100 Sehari Bagi Rakyat Yang Terjejas Tahun 2022

Untuk makluman semua, Pihak Kerajaan melalui Agensi Pengusan Bencana Negara (NADMA) telah melancarkan Bantuan berbentuk kewangan berjumlah RM 100 sehari kepada rakyat yang terjejas kerana pendemik. Kepada anda yang pernah dijangkiti wabak covid-19 dan mendapat rawatan, anda boleh membuat permohonan menerusi NADMA dan hanya 1 kali sahaja.

Bantuan Kewangan NADMA -Kuarantin

Bantuan kewangan sebanyak RM 100 sehari ini hanya akan diagihkan kepada individu yang menjalani peringkat kuarantin di wad hospital yang telah dibenarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atau dikenali sebagai KKM bagi rawatan pendemik Covid-19 tahun ini.

Penerima yang layak bantuan ini akan menerima pembayaran secara one-off. Bantuan Kewangan ini akan diberikan sebanyak RM 100 sehari dan akan dibyar untuk tempoh 14 hari.

Untuk pengetahuan umum, bantuan NADMA ini hanya sekali sahaja kepada penerima yang layak. Jika anda mendapat kes wabak yang berulang anda tidak layak menerima bantuan lagi.

Panduan Permohonan 

Jika anda ingin membuat permohonan, sila isi maklumat lengkap anda pada borang yang telah disediakan di bawah :

Sila isi maklumat lengkap anda pada borang, selepas mengisi sila buat semakan sebelum menghantar ke alamat NADMA melalui pos bersama dokumen yang diperlukan.

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Aras 7, Blok D5, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

52502 Putrajaya

Dokumen yang Diperlukan
  • Sediakan Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Sediakan borang permohonan bantuan ini – Lampiran A
  • Sediakan borang akuan pendapatan – Lampiran B
  • Sediakan  Dokumen KKM – Salinan surat dikenakan pemerhatian kontak covid-19
  • Sediakan salinan penyata bank
Syarat Kelayakan
  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Kehilangan sumber pendapatan
  • Individu yang tidak diberikan gaji semasa sepanjang tempoh perintah pemerhatian dan pengawasan bagi kontak Covid-19
Cara Pembayaran Bantuan ini

Kepada penerima yang layak akan menerima bantuan ini dalam masa tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen anda yang sah. Manakala kaedah pembayaran bantuan kuarantin ini akan diberikan secara Electronic Fund Transfer (EFT)

Maklumat Lanjut

Jika anda yang terlepas pandang, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan khusunya berbentuk kewangan telah diumumkan Pihak Kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang bekelayakan untuk anda membuat permohonan sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button