BANTUANJKM

Jadual Tarikh Pembayaran Bantuan JKM Bagi Bulan Februari 2022

Untuk sedia maklum, Pihak Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan bertujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan serta menjaga kebajikan masyarakat. Menerusi JKM mementingkan 5 faktor iaitu Perlindungan, Pencegahan, Pemulihan, Pengintegrasian dan Pembangunan dalam masyarakat.

Melalui JKM terdapat pelbagai jenis bantuan yang tersedia untuk individu yang berkelayakan menerima bantuan terumata berbentuk kewangan. Bantuan ini turut merangkumi bantuan bagi golongan Warga emas, kanak-kanak serta golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi tahun ini.

Bantuan JKM 2022

Di bawah telah disediakan senarai Bantuan JKM pada tahun ini :

  • Elaun Pekerja Cacat
  • Bantuan Kanak-kanak
  • Bantuan kepada Penjagaan golongan OKU terlantar
  • Bantuan OKU tidak berupaya
  • Bantuan Warga Emas
  • Bantuan – Am Pelihara
  • Bantuan – Am Persekutuan
  • Bantuan Latihan Perantis
  • Bantuan alat sokongan atau alat tiruan
  • Bantuan Geran Pelancaran
  • Bantuan Tabung bantuan segera
Jadual Tarikh Pembayaran

Untuk pembayaran bantuan JKM bulan Januari telah dikreditkan. Bagi pembayaran bulan Februari adalah bermula Pada Tarikh 9 dan 10 Februari 2022 akan mula dikreditkan.

Kadar Jumlah Bantuan JKM 

Untuk makluman umum, Pembayaran insentif Bantuan JKM bermula daripada RM 150 sehingga RM 1,000 mengikut kategori bantuan yang diterima. Contohnya, Bantuan Kanak-kanak menerima maksimum RM 1,000 untuk setiap 1 keluarga manakala Bantuan Warga emas menerima RM 500 setiap individu.

Panduan Permohonan Bantuan JKM

Untuk pengetahuan semua, permohonan bantuan JKM dibuka sepanjang tahun. Kepada anda yang berminat boleh membuat permohonan melalui 2 kaedah seperti berikut :

Permohonan secara Online – Atas Talian

  • Sila ke portal Rasmi JKM – KLIK DISINI
  • Kemudian tekan butang ”Daftar Permohonan Atas Talian”
  • Sila baca dengan teliti butiran dan notis yang di sediakan
  • Anda perlu mengisi maklumat lengkap pada kedua-dua bahagian iaitu bahagian A dan B
  • Selepas anda selesai mengisi borang, sila buat semakan sebelum tekan butang ”Keputusan”

Permohonan secara Manual – Hadir ke cawangan JKM

  • Wakil atau Pemohon perlu hadir ke Pejabat JKM berhampiran kediaman anda yang sudah memohon secara atas talian
  • Sila hadir dalam tempoh 14 hari dari permohonan
  • Anda disarankan membawa dokumen yang lengkap bersama borang permohonan pendaftaran yang boleh dimuat turun di portal rasmi JKM yang telah disediakan di atas
Maklumat Tambahan

Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan yang ada pada tahun 2022 yang anda berkelayakan untuk memohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button