BANTUANRaya

Rasmi : Bantuan Tunai Raya RM500 Dikreditkan Pada 5 April Ini

Rasmi : Bantuan Tunai Raya berjumlah RM500 dan RM250 akan mula dikreditkan secara berperingkat pada 5 April ini (Jumaaat) seluruh negara. Untuk makluman, inisiatif istimewa ini merupakan bantuan kewangan dibawah Belanjawan 2024.

RASMI : BANTUAN TUNAI RAYA TAHUN 2024

Sempena musim perayaan yang bakal menjelang, pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah melancarkan pelbagai sumbangan bantuan untuk rakyat. Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bonus raya.

Beliau telah memaklumkan bahawa tahun ini akan diberikan bantuan khas kewangan (BKK) aidilfitri kepada para penjawat awam dan pesara. Insentif tambahan ini akan disalurkan menyeluruh secara berperingkat pada minggu ini.

Sumbangan atau bonus sempena perayaan ini adalah bagi meringankan beban pembelanjaan terutama penjawat awam beragama islam. Dengan adanya sumbangan bantuan ini memberi kegembiraan kepada para rakyat Malaysia.

SENARAI PENERIMA BANTUAN TUNAI RAYA

Pemberian bantuan khas kewangan aidilfitri sehingga RM500 pada minggu ini akan diberikan kepada kategori penerima seperti berikut :

  • Para penjawat awam gred 56 dan ke bawah
  • Pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berperncen

KADAR BANTUAN RAYA MENGIKUT KATEGORI

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, bayaran bantuan khas ini akan dikreditkan pada kadar yang ditetapkan seperti di bawah :

  • RM500 : Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak
  • RM250 : Semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

TARIKH PENGAGIHAN BAYARAN BANTUAN RAYA

Tarikh rasmi pembayaran bantuan khas bonus raya ini akan mula dikreditkan pada hari jumaat ini bersamaan 5 April 2024 seluruh negara. Kaedah bayaran adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank setiap penerima.

Mengenai sumbangan bonus raya ini telahpun dimaklumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dilaksanakan pada minggu ini. Insentif bantuan raya ini sebahagian peruntukan Belanjawan 2024 bagi memberi manfaat kepada rakyat.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan –¬†SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button