Bajet 2023BANTUANBSH

Program Bantuan Sara Hidup Bakal Dilaksanakan Kembali Pada Tahun 2023

Program bantuan sara hidup atau lebih dikenali sebagai BSH bakal dilaksanakan kembali pada tahun 2023. Untuk sedia maklum bantuan BSH ini telah diperkenalkan pada tahun 2020 sebelum digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat 2021 kemudian Bantuan Keluarga Malaysia 2022.

Pada bulan November 2022, seperti sedia maklum Perdana Menteri ke 10 Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik untuk menerajui pimpinan perpaduan kerajaan. Menerusi (Tawaran Harapan) yang telah dijanjikan di dalam manifesto PH, bantuan sara hidup akan dilaksanakan kembali bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun hadapan.

PROGRAM BANTUAN TAHUN 2023

Sebelum pilihan raya umum (PRU) ke 15, Datuk Seri Anwar ibrahim selaku ketua parti Harapan telah memberitahu melalui Tawaran Harapan bahawa program bantuan sara hidup akan dilaksanakan kembali sekiranya parti tersebut menang.

Untuk sedia maklum, program bantuan kewangan BSH ini boleh dikatakan sama seperti bantuan BKM yang mana akan diberikan kepada golongan sasar terutama B40 dan miskin tegar pada tahun 2023. Bantuan ini jugak bakal meringankan beban kos pembelanjaan rakyat pada tahun hadapan.

KADAR BANTUAN

Untuk makluman, pembayaran BKM telahpun selesai diberikan pada fasa 4 yang disalurkan bermula 15 november lalu. Bagi kadar bantuan sara hidup pula masih belum dinyatakan, berkemungkinan lebih kurang sama seperti kadar bantuan BKM. Diharapkan agar ada kenaikkan kadar bantuan pada tahun hadapan seiring dengan ekonomi negara.

CARA PERMOHONAN

Untuk permohonan pula, tiada sebarang pengumuman dibuat berkenaan cara untuk mohon bantuan ini. Dijangkakan maklumat data penerima bantuan sebelum ini akan dimasukkan ke dalam data bantuan BSH secara automatik.

Segala maklumat terbaru akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sama-sama kita tunggu maklumat pada sidang Belanjawan 2023 tidak lama lagi pada bulan Disember ini. Untuk semakan senarai inisiatif yang ada, sila ke laman rasmi Bajet 2023 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan telah diperkenal dan disediakan pada tahun ini dan diteruskan pada tahun hadapan. Untuk semak senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button