eGumisWang Tidak Dituntut

Wang Tidak Dituntut Melalui eGumis ~ Panduan Semakan

Wang Tidak Dituntut (WTD) adalah merupakan wang anda yang mungkin terlepas pandang daripada pelbagai sumber yang membolehkan anda mendapatkannya. Anda boleh membuat semakan sekiranya anda mempunyai (WTD) yang masih belum dituntut melalui Jabatan Akauntan Negara menerusi portal rasmi eGumis.

SEMAKAN WTD MELALUI EGUMIS

Untuk sedia maklum, sistem egumis telah diperkenalkan bagi membantu memudahkan urusan dan semakan wang tidak dituntut secara atas talian. Sistem ini telahpun disediakan pada tahun sebelum dan ramai yang telah semak dan dapatkan WTD mereka pada tahun ini.

Kini sistem eGumis boleh diakses sepenuhnya untuk tujuan semakan wang tidak dituntut. Untuk semakan anda boleh menggunakan nombor pendaftaran syarat ataupun nombor kad pengenalan bagi individu.

Pada bulan ini anda boleh membuat semakan dengan mudah secara online sekiranya anda mempunyai WTD ataupun tidak selama ini.

MAKSUD WTD

Wang tidak dituntut ini adalah merupakan sejumlah duit milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk dividen, simpanan, insurans dan sebagainya. Wang dari pelbagai sumber ini kebanyakan ramai yang terlepas pandang, dengan adanya portal semakan ini anda boleh cek sama ada anda mempunyai WTD ataupun tidak.

WTD ini boleh datang dari pelbagai sumber seperti berikut:

  • Wang yang perlu dibayar kepada kakitangan/ pekerja seperti bonus, gaji, komisyen dan upahan
  • Wang keuntungan yang diisytiharan untuk dibahagikan
  • Dividen atau tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
  • Wang simpanan tetap tanpa arahan pembaharuan secara automatik (yang telah matang)
  • Cashier order, draf bank dan dokumen berkaitan yang mempuntai fungsi sama dimana tempoh sah laku telah luput
  • Wang pemiutang pelbagai yang berstatus berbaki kredit.

PANDUAN SEMAKAN

Sekiranya anda rasa mempunyai sebarang WTD dari pelbagai sumber seperti diatas, anda boleh membuat semakan dan tuntutan wang boleh dibuat jika mempunyainya. Panduan semakan seperti berikut:

  • Langkah pertama, sila layari laman rasmi eGumis ANM – DI SINI
  • Anda perlu membuat pendaftaran pengguna secara online untuk log masuk eGumis
  • Selepas anda berjaya log masuk sistem eGumis, tekan pada bahagian ‘Carian Wang Tidak Dituntut’
  • Anda perlu isi nombor kad pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat untuk semakan WTD
  • Sekiranya anda mempunyai WTD, jumlah akan dipaparkan dan tuntutan boleh dilakukan.

Bagi pengetahuan umum, sistem eGumis ini hanya membenarkan seorang individu membuat semakan carian WTD sebanyak 2 kali sehari sahaja. Sekiranya anda mempunyai permasalahan dan ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan WTD ini, sila ke portal rasmi eGumis diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada kemudahan sistem egumis ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif kemudahan disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini terutama bantuan berbentuk kewangan untuk mereka yang memerlukan. Sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button