eGumisWang Tidak Dituntut

Kemudahan Cara Semak Dan Dapatkan Wang Tidak Dituntut Melalui eGUMIS

Pada tahun 2022 masih ramai yang telepas pandang berkenaan Wang Tidak Dituntut atau lebih dikenali sebagai WTD melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Setiap dari anda boleh membuat semakan dan sekiranya anda mempunyai Wang Tidak Dituntut, anda boleh membuat tuntutan wang tersebut. Di halaman bawah telah disediakan cara menyemak dan tuntut WTD untuk sebagai rujukan pembaca.

Wang Tidak Dituntut

Program WTD ini adalah merupakan wang yang perlu dibayar dari sisi undang undang yang telah ditetapkan di dalam negara kepada pemilik yang sepatutnya menerima wang dalam masa tempoh tertentu yang mana sudah ditetapkan di bawah Akta WTD 1965.

Jenis Suber WTD Yang Boleh Dituntut

Untuk makluman, wang WTD ini boleh datang dari pelbagai sumber seperti berikut :

  • Gaji, Komisyen, Upahan, Bonus atau wang berkaitan yang perlu dibayar oleh pihak majikan kepada pekerja atau kakitangan
  • Wang simpanan yang sudah matang
  • Dividen
  • Draf Bank, Cashier order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa dalam tempoh sah laku telah luput
  • Penghutang berbagai yang berbaki kredit
  • Segala keuntungan perniagaan dari hasil titik perkongsian yang sah dan diistiharkan untuk dibahagikan
  • Deposit atau cagaran apabila tujuan jumlah wang yang telah dikutip sudah tercapai.

Nota : Tidak semua wang berkenaan sampai ke tangan pemilik dan justeru itu ia kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Akauntan Negara yang berfungsi sebagai pemegang amanah yang mana pemilik boleh membuat tuntutan WTD ini.

Cara Buat Semakan & Tuntutan WTD

Di bawah telah disediakan cara mudah untuk semak dan buat tuntutan WTD secara online seperti berikut :

  1. Pertama sekali, anda perlu layari Portal Rasmi eGUMIS – DI SINI
  2. Sila log masuk dan klik pada butang “Carian Wang Tidak Dituntut”
  3. Kemudian masukkan nombor Kad Pengenalan anda
  4. Klik pada rekod WTD dan teruskan dengan permohonan semakan akaun anda
  5. Anda perlu lengkapkan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakan sehingga keluar “Terma dan Syarat” eGUMIS
  6. Tekan butang hantar dan selesai.

Maklumat tambahan : Proses bayaran WTD ini hanya akan diberikan setelah dokumen lengkap anda telah disahkan oleh pihak berkenaan. Anda jugak boleh membuat semakan di Portal Rasmi eGUMIS yang telah disediakan di atas dengan cara klik pada butang “Senarai Permohonan” kemudian sila rujuk pada ruangan status.

Maklumat Lanjut

Selain dari kemudahan WTD ini, pihak Kerajaan telah perkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan pada tahun 2022. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button