eGumisWang Tidak Dituntut

EGumis : Wang Tidak Dituntut Dalam MyKad – Semak Jika Ada

EGumis : Wang Tidak Dituntut dalam Mykad, ramai yang masih tidak tahu atau terlepas pandang berkenaan WTD ini. Untuk makluman, egumis adalah merupakan sebuah portal bagi rakyat untuk membuat semakan dan tuntutan WTD.

EGUMIS : WANG TIDAK DITUNTUT

Bagi pengetahuan umum, kerajaan telah memaklumkan bahawa setakat Mac 2023 sekitar jumlah 11 bilion wang tidak dituntut masih belum dituntut. Sekarang dengan peredaran masa dan teknologi tinggi, semakan WTD boleh dilakukan secara online tanpa perlu ke kaunter.

Wang Tidak Dituntut ini boleh datang dari pelbagai sumber yang perlu dibayar kepada empunya tetapi tidak dibayar lebih dari setahun. Wang dalam bentuk kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan empunya dengan apa cara sekali pun dalam tempoh lebih dari 7 tahun.

WTD juga termasuk dari wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang sudah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga lebih dari 2 tahun. Setiap individu boleh membuat semakan sama ada mempunyai WTD atau tidak pada tahun ini.

PANDUAN SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT

Pada tahun 2023, anda boleh membuat semakan dengan mudah secara online. Panduan lengkap semakan telah disediakan seperti berikut :

  • Step 1 : Sila layari laman rasmi eGumis JANM – DI SINI
  • Step 2 : Individu perlu membuat pendaftaran pengguna secara online
  • Step 3 : Log masuk laman egumis menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Step 4 : Sila kemaskini maklumat pengguna (Diri)
  • Step 5 : Klik pada butang “Carian Wang Tidak Dituntut”
  • Step 6 : Klik butang “Cetak” jika perlu untuk rujukan

Info : Setelah semakan, sekiranya anda mempunyai wang tidak dituntut, amaun WTD anda akan dipaparkan. Anda boleh tuntut WTD dengan langkah-langkah yang telah disediakan dan wang tersebut akan dikreditkan dalam akaun mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin ketahui maklumat terperinci berkenaan WTD, anda boleh hubungi talian khas pejabat di – 03 2056 8000. Atau hantar emel ke Pentadbiran Sistem EGumis di [email protected].

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini bermacam-macam jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button