Wang Tidak Dituntut

‘Cara Semakan Dan Dapatkan Wang Tidak Dituntut’ Melalui E-GUMIS ANM

WTD atau Wang Tidak Dituntut merupakan duit yang tidak dituntut oleh individu dari pelbagai sumber. Ramai yang tidak tahu dan terlepas pandang berkenaan hal ini. Mengikut statistik data ramai yang tidak sedar bahawa mereka mempunyai WTD yang boleh dituntut melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Di halaman ini telah disediakan berkenaan WTD yang boleh dijadikan rujukan untuk pengetahuan umum, panduan cara semak dan dapatkan Wang tidak dituntut telah disediakan di ruangan bawah.

Wang Tidak Dituntut

Untuk sedia maklum WTD adalah merupakan wang yang perlu dibayar kepada pemilik yang sepatutnya di sisi undang-undang pada tempoh yang tertentu yang telah ditetapkan dibawah Akta WTD 1965. Duit atau wang berkenaan boleh datang dari pelbagai sumber seperti berikut :

  1. Dividen
  2. Upahan, gaji, komisyen, bonus atau duit yang berkaitan perlu dibayar majikan kepada pekerja atau kakitangan
  3. Duit simpanan yang telah matang (Tanpa arahan pembaharuan secara automatik)
  4. Draf Bank, Cashier order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa dalam tempoh sah laku yang telah luput
  5. Cagaran atau deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah mencukupi tercapai
  6. Merupakan penghutang yang berbagai yang berbaki kredit

Untuk pengetahuan, tidak semua duit ini sampai ke tangan pemilik dan disebabkan itu wang tersebut diserahkan kepada pihak berwajib iaitu Jabatan Akauntan Negara yang berfungsi sebagai pemegang amanah yang pimilik boleh membuat tuntutan. Jika anda baru ketahui hal ini dan anda disarankan membuat semakan, kemungkinan anda mempunyai WTD yang boleh dituntut.

Semakan Dan Tuntutan WTD

Di ruangan bawah telah disediakan cara membuat semakan WTD yang boleh anda rujuk seperti berikut :

  1. Langkah pertama, sila layari Portal Rasmi E-GUMIS – DI SINI
  2. Seterusnya, anda perlu klik pada butang “Carian Wang Tidak Dituntut”
  3. Masukkan Nombor MyKad dan klik rekod WTD “Teruskan dengan permohonan”
  4. Anda perlu isi maklumat yang diperlukan sehingga keluar paparan terma dan syarat E-GUMIS dan klik Hantar
  5. Proses bayaran WTD hanya akan diberikan sekiranya dokumen lengkap disahkan pihak berwajib

NOTA TAMBAHAN : Anda boleh membuat semakan status permohonan anda melalui laman rasmi E-GUMIS dengan cara klik butang Senarai Permohonan dan sila rujuk pada bahagian ruangan Status.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu meringankan pembelanjaan rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada khususnya berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button