eGumisWang Tidak Dituntut

Semakan Wang Tidak Dituntut Sebelum Hari Raya

Semakan wang tidak dituntut atau dikenali sebagai WTD boleh dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia sebelum hari raya. Untuk makluman, ramai yang terlepas pandang bahawa berkemungkinan dalam IC anda mempunyai wang yang boleh dituntut dari pelbagai sumber.

SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah menyediakan sebuah portal semakan eGUMIS. Dimana melalui laman tersebut anda boleh membuat semakan dan permohonan wang tidak dituntut.

Orang awam boleh membuat semakan ini pada bila-bila masa untuk mengetahui sama ada mempunyai wang tidak dituntut atau tidak. Pada bulan April ini kepada yang belum mebuat semakan boleh lakukan segera sebelum aidilfitri, manalah tahu rezeki anda mempunyai WTD yang boleh dituntut.

Wang tidak dituntut ini boleh datang dari pelbagai sumber dimana hak individu yang tidak dapat disampaikan. Bagi yang kurang faham, dibawah dikongsikan sumber yang boleh jadi wang tidak dituntut seperti berikut.

CONTOH SUMBER WANG TIDAK DITUNTUT

Berikut adalah contoh wang tidak dituntut dari sumber di bawah :

  • Gaji, bonus, upahan, komisyen atau wang yang sepatutnya dibayar kepadda kakitangan
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagi
  • Keuntungan dividen
  • Tuntutan insurans yang diluluskan untuk dibayar
  • Simpanan tetap yang telah matang (tanpa ada arahan pembaharuan automatik)
  • Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi sama dengan dimana tempoh sah laku telah luput
  • Cagaran atau deposit apabila tujuan wang tersebut dikutip telah tercapai
  • Pemiutang atau penghutang pelbagai yang berbaki kredit
  • Akaun semasa
  • Akaun simpanan
  • Akaun pemiutang dagangan
  • Akaun penghutang berbaki kredit.

Mengikut data maklumat statistik, ramai yang masih tidak tahu mengenai WTD eGUMIS ini. Selepas semakan ramai yang terkejut rupanya mereka mempunyai WTD yang boleh dituntut.

PANDUAN SEMAKAN & PERMOHONAN WTD

Kepada mereka yang mempunyai sumber-sumber WTD seperti diatas, anda boleh membuat semakan dan permohonan secara atas talian. Untuk panduan lengkap, sila layari laman rasmi eGUMIS ANM – DI SINI

INFO LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button