eGumisWang Tidak DituntutWTD

Wang Tidak Dituntut (WTD) : Panduan Cara Semakan & Tuntutan

Wang Tidak Dituntut (WTD) adalah merupakan duit yang perlu dibayar kepada individu tetapi tidak diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. Duit tersebut boleh datang dari pelbagai sumber seperti gaji, upahan, bonus, komisyen, deposit, dividen dan berkaitan.

WANG TIDAK DITUNTUT (WTD)

Berdasarkan statistik masih ramai yang tidak mengetahui berkenaan WTD ini. Menerusi laporan akhbar tempatan pada April 2023, jumlah wang tidak dituntut adalah sekitar 11 bilion sehingga Mac.

Untuk makluman, adanya kemudahan portal eGumis, setiap individu boleh membuat semakan secara online dengan mudah. WTD ini boleh datang dari pelbagai sumber dan ramai yang mengetahui mereka ada WTD yang boleh dituntut selepas semakan.

Pada bulan September ini kepada mereka yang tidak pernah atau belum semak, anda boleh membuat semakan secara atas talian. Panduan cara semakan dan tuntutan jika ada WTD telah disediakan di halaman ini.

PANDUAN SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT (WTD)

Untuk informasi, semakan WTD boleh dilakukan pada bila-bila masa secara online melalui portal rasmi egumis. Ikut langkah-langkah yang telah disediakan seperti berikut :

  1. Langkah pertama, sila layari laman rasmi e-GUMIS ANM – DI SINI
  2. Kemudian individu perlu membuat pendaftaran pengguna
  3. Sila log masuk menggunakan kata laluan yang sudah didaftarkan
  4. Kemaskini maklumat pengguna
  5. Klik pada Carian Wang Tidak Dituntut untuk membuat semakan WTD menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat
  6. Tekan ‘Cetak’ jika perlu untuk simpanan rujukan

Nota : Selepas membuat semakan, sekiranya butiran dipaparkan dimaklumkan anda mempunyai WTD. Tuntutan boleh dilakukan melalui portal rasmi eGumis, anda hanya perlu ikuti langkah yang disediakan sehingga selesai.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian AM/ General Line di – 03 8000 8600 untuk informasi lebih terperinci.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan. Perkara ini bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat terutama golongan sasar.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button