BANTUANeGumisWang Tidak Dituntut

Semak & Dapatkan Wang Tidak Dituntut Sekiranya Anda Mempunyai Melalui ANM

Tahukah anda terdapat sebuah portal rasmi yang dikenali sebagai eGUMIS yang berperanan sebagai laman untuk semakan WTD. Mengikut maklumat data, ramai yang tidak tahu berkenaan tentang Wang Tidak Dituntut (WTD) melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia.Untuk makluman berkenaan perkara ini, yang mana mempunyai (WTD) boleh dituntut di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Sumber Wang Tidak Dituntut Dari Mana?

Wang berkenaan boleh dari dari pelbagai sumber seperti berikut :

  • Draf bank, cashier order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa di dalam tempoh sah laku telah luput
  • Upahan, gaji, komisyen, bonus atau wang berkaitan yang perlu dibayar oleh majikan kepada ahli pekerja atau kakitangan
  • Dividen anda
  • Wang simpanan tetap yang sudah matang – Tanpa arahan pembaharuan secara (Automatik)
  • Segala keuntungan daripada perkongsian yang sah dan diistiharkan untuk dibahagi
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
  • Penghutang yang berbagai yang berbaki kredit.

Apa Itu Wang Tidak Dituntut?

Untuk sedia maklum, WTD adalah merupakan Wang yang perlu dibayar dari sisi undang-undang kepada para pemilik yang sepatutnya menerima dalam tempoh masa tertentu yang sudah ditetapkan di bawah akta WTD 1965.

Peringatan : Tidak semua wang berkenaan sampai kepada pemilik dan disebabkan itu lah ia kemudiannya diserahkan kepada Pihak Jabatan Akauntan Negara yang bertindak sebagai pemegang amanah yang pemilih boleh membuat tuntutan WTD pada tahun ini.

Cara membuat semakan dan tuntutan (WTD)

Berikut telah disediakan panduan cara untuk anda membuat semakan WTD seperti di bawah :

  1. Langkah pertama, sila layari Pautan Rasmi eGumis – DI SINI
  2. Kemudian log masuk dan tekan pada “Carian Wang Tidak Dituntut”
  3. Sila masukan No Kad Pengenalan
  4. Klik butang rekod WTD dan teruskan dengan permohonan
  5. Lengkapakan ruangkan disediakan, isi maklumat yang diperlukan sehingga keluar ”Terma dan syarat” eGumis
  6. Klik ”Hantar”
  7. Proses bayaran hanya akan diberikan apabila dokumen lengkap anda disahkan oleh pihak berwajib
  8. Anda juga boleh membuat sebarang semakan status permohonan melalui laman rasmi eGumis dengan cara tekan butang ”Senarai Permohonan” kemudian sila rujuk pada ruangan ”Status”.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai insentif khususnya berbentuk kewangan telah dilancarkan oleh Pihak kerajaan.

Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan –DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button