BANTUANeWallet

Cara Tebus Kredit Shopee RM400 Untuk Rakyat

Cara tebus kredit Shopee bernilai RM400 untuk rakyat Malaysia, panduan telah disediakan di halaman ini untuk rujukan masyarakat. Untuk makluman, terdapat satu (1) program yang ditawarkan kepada rakyat iaitu kempen jimat air 4.0.

KEMPEN JIMAT AIR 4.0

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan hasil kerjasama Shopee kini telah menlancarkan kempen jimat air 4.0. Program ini dilaksanakan adalah bagi tujuan untuk menggalakan rakyat Malaysia menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh dan sebagainya.

Menerusi inisiatif program khas ini, pemohon boleh mendapatkan baucar rebat RM400 yang akan diedarkan kepada pengguna yang berkelayakan. Baucar kredit tersebut digunakan untuk pembelian produk-produk jimat air untuk rumah masing-masing.

OBJEKTIF 

Untuk pengetahuan umum, kempen jimat air 4.0 ini dilaksanakan dengan hasil kerjasama diantara pihak Suruhanjaya perkhidmatan air negara dan Shopee. Kempen ini adalah kesinambungan dari program jimat air 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Kepada mereka yang ingin menyertai kempen jimat air ini, anda hanya perlu mengesahkan melalui akaun ShopeePay.

CARA TEBUS KREDIT SHOPEE RM400

Kepada mereka yang ingin membeli barangan keperluan barang perkakas jimat air, anda boleh tebus baucar kredit shopee ini secara online selagi menepati syarat kelayakan. Sila layari laman rasmi kempen jimat air 4.0 DI SINI

Berikut adalah tiga (3) jenis baucar yang bolehh ditebus seperti dibawah :

  • Baucar bernilai RM200 untuk membeli barang (mesin basuh)
  • Baucar diskaun untuk mendapatkan kepala paip (diskaun sehingga 50 peratus)
  • Baucar bernilai RM150 untuk mendapatkan kelengkapan mandi dan jamban

Nota : Sekiranya anda mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khas pihak SPAN di – 03 8317 833. Atau menghantar e-mel ke alamat [email protected].

INFO LANJUT

Selain kredit shopee percuma ini, terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilancarkan oleh agensi dibawah kerajaan. Perkara ini adalah bagi meringankan beban rakyat terutama melibatkan bantuan kewangan untuk golongan B40 dan miskin tegar.

Bagi yang terlepas pandang, sila membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelaykan untuk anda mendapatkannya SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button