BakulBANTUANSTRSTR Tambahan

Senarai Penerima Bantuan Bakul Bernilai RM600

Senarai penerima bantuan bakul bernilai RM600 telah dimaklumkan oleh kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2023. Untuk sedia maklum, kepada penerima sedia ada sumbangan tunai rahmah (STR) yang terdiri daripada kategori isi rumah layak menerima inisiatif tambahan ini.

STR TAMBAHAN RM 600

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk menawarkan bantuan tambahan berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas berjumlah RM600 kepada penerima STR. Perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat terutama kepada golongan yang memerlukan.

Senarai penerima bantuan bakul khas bernilai RM600 ini diadakan adalah di bawah konsep payung rahmah di mana ditawarkan kepada keluarga yang terjejas. Hal ini bagi membantu golongan isi rumah yang kurang bernasib baik bagi menghadapi cara kos sara hidup.

SENARAI PENERIMA BANTUAN BAKUL

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan penerima STR tambahan yang layak seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima sedia ada kategori isi rumah
  • Tersenarai sebagai golongan msikin tegar dalam rekod data ekasih
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan miskin tegar (RM1,116) berdasarkan semak silang agensi pendapatan.

Nota : Untuk semakan sama ada anda layak atau tidak menerima inisiatif tambahan ini, sila layari laman rasmi eKasih – DI SINI

JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN

Melalui portal rasmi Kementerian Kewangan, jadual pemberian bantuan tambahan STR berbentuk bakul ini akan diberikan secara berperingkat kepada penerima layak seperti berikut :

  • Julai : RM100
  • Ogos : RM100
  • September : RM100
  • Oktober : RM100
  • November : RM100
  • Disember : RM100

Pemberian bantuan tambahan STR ini diberikan bukan dalam bentuk tunai, ia diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas bernilai RM600.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2023

Bagi penerima sedia ada dan pendaftaran baru STR, kini anda boleh membuat semakan status bayaran. Pemberian fasa berikutnya bakal dibayar pada bulan julai, layari laman rasmi MySTR – SEMAK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai lagi jenis bantuan telah dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun ini untuk rakyat Malaysia terutama untuk golongan B40 dan miskin. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – KLIK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button