BANTUANRUMAH

SJKP : Skim Bantuan Beli Rumah Sendiri Pertama Tahun 2022

Untuk makluman, pihak kerajaan telah menyediakan bantuan beli rumah pertama sehingga RM 400,000. Masalah kewangan menjadi salah satu faktor ramai yang tidak mampu membeli rumah, kini dengan adanya skim bantuan beli rumah pertama ini dapat membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki rumah.

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Program skim bantuan pinjaman ini bertujuan bagi membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan bulanan secara tetap seperti pemilik perniagaan, peniaga, usahawan kecil dan bebas.

Maklumat Ringkas SJKP

SJKP adalah merupakan pembiayaan gadai janji, manakala had pembiayaan adalah sehingga RM 400,000 termasuk MRTA/ MRTT. Bagi tempoh pembiayaan pula dikenakan sehingga 35 tahun atau umur 65 tahun, mana-mana yang terdahulu dan pinjaman 2 generasi dibenarkan. Untuk kadar faedah adalah seperti yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan yang terlibat.

Syarat Kelayakan

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Merupakan Warganegara Malaysia yang sah dan berumur 18 tahun dan keatas. Pinjaman 2 generasi dibenarkan
  • Terbuka untuk rumah sedia ada, rumah baru dan rumah lelongan
  • Untuk pembelian rumah pertama kediaman dibawah kategori kos rendah atau sederhana atau mampu milik untuk diduduki
  • Tidak mempunyai rekod tertunggak CCRIS melebihi dua bulan bagi tempoh masa 12 bulan terbaru
  • Kadar jumlaah bayaran balik kesemua pinjaman permohonan tidak melebihi 65 peratus pendapatan kasar bulanan
  • Tidak mempunyai lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 2 tahun.

Panduan Permohonan

Untuk sedia maklum, permohonan harus dibuat di mana-mana cawangan institusi kewangan (IKP) yang mana turut serta dalam skim bantuan ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP. Proses skim jaminan adalah seperti berikut:

  • Calon peminjam perlu mengenal pasti rumah yang dikehendaki. Selepas itu, membuat permohonan dan serahkan dokumen yang berkaitan kepada IKP yang terlibat
  • Dokumen yang diperlukan adalah seperti Perjanjian asal jual beli, penyata akaun bank, cukai pendapatan, surat pengesahan pekerja, salinan kad pengenalan pemohon, surat pengesahan majikan atau lesen perniagaan.
  • Untuk semakan lebih terperinci berkenaan SJKP ini, anda boleh layari portal rasmi SJKP – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan khususnya melibatkan bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yng telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button