BANTUANFASA 3STR

STR Fasa Ketiga : Kategori Penerima RM600

STR fasa ketiga adalah merupakan inisiatif yang akan diberikan pada bulan depan yang melibatkan kategori bujang, warga emas dan isi rumah. Untuk sedia maklum, pemberian sumbangan tunai rahmah kini dalam proses pembayaran fasa ketiga.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Bagi makluman umum, perlaksanaan pemberian bantuan khas STR pada tahun ini dijadualkan akan dibayar secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran. Perlaksanaan bantuan khas ini melibatkan 3 kategori utama iaitu isi rumah (berkeluarga), bujang dan warga emas.

Kadar jumlah keseluruhan yang ditawarkan menerusi pemberian STR adalah sehingga RM2,500 dan amaun bergantung kategori penerima. Bayaran bagi STR fasa 1 dan fasa 2 telah selesai diberikan pada bulan Januari dan April 2023.

BAYARAN STR FASA KETIGA

Tidak lama lagi pengagihan pemberian bayaran fasa ketiga STR akan dijalankan bermula Julai nanti. Kadar yang akan dikreditkan adalah RM150 untuk bujang, RM200 untuk warga emas dan RM0 – RM800 untuk isi rumah.

KATEGORI PENERIMA BAYARAN RM600

Berikut adalah kategori penerima bayaran RM600 untuk fasa ketiga STR dijadualkan bulan depan :

  • Kategori isi rumah
  • Mempunyai tanggungan anak 3-4 orang
  • Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah (B40)

SEMAKAN STR FASA KETIGA

Jika anda ingin membuat semakan, semakan boleh dilakukan secara online. Sila layari web rasmi bantuan tunai MySTR – DI SINI

Kepada mereka yang terlupa atau tidak tahu cara untuk membuat semakan, panduan lengkap telah disediakan seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi MySTR
  2. Kemudian log masuk menggunakan nombor kad pengenalan
  3. Masukkan kata laluan
  4. Tekan pada semakan
  5. Maklumat status pembayaran anda akan dipaparkan seperti nama pemohon, no kad pengenalan, status permohonan dan status pembayaran fasa semasa.

Nota : Bagi yang terlepas pandang, pembayaran fasa ketiga nanti adalah bayaran terakhir bagi kategori bujang. Bayaran fasa 4 bagi kategori bujang tiada bayaran.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada mereka yang terlepas padang, anda boleh membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button