BANTUANBMTRISDA

Bantuan BMT Khas RM 800 ~ Semak Disini

Berita baik, Bantuan BMT telah mula dikreditkan pada bulan ini bersamaan pembayaran BKM fasa 4. Pelbagai pakej bantuan akan diberikan pada bulan November dan Disember ini.

Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Bantuan Musim Tengkujuh adalah inisiatif bantuan kewangan yang mula dikreditkan pada suku akhir tahun 2022.

Di halaman kali ini akan dikongsikan maklumat berkenaan bantuan BMT yang ramai tidak tahu dan terlepas pandang. Untuk semakan sekiranya berkelayakan anda boleh mendapatkan insentif bantuan RM 800 ini.

BANTUAN BMT 

Menerusi kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah berkata bahawa kadar bantuan BMT ini akan dinaikkan kepada RM 800 berbanding jumlah sebelum ini RM 600.

Sama seperti BKM, bantuan BMT juga akan diberikan secara berfasa iaitu RM 200 selama 4 bulan yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 330 ribu pemohon yang berkelayakan.

Jika anda terlepas pandang mengenai bantuan yang ada pada tahun ini dan boleh anda dapatkan, sila semak senarai bantuan – DI SINI

SYARAT KELAYAKAN BMT

Terdapat 2 syarat kelayakan dan kategori yang berbeza. Sila rujuk penerangan yang telah dibawah.

Syarat kelayakan bagi penoreh bukan pemilik tanah

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Menoreh di lot dengan keluasan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Individu buka pemilik tanah yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah
  • Setiap individu hanya boleh mendapatkan 1 lot
  • Mempunyai kad permit autoriti getah (PAT-G) yang sah

Syarat kelayakan untuk penoreh/ pekebun kecil RISDA

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai keluasan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Seorang penerima untuk 1 lot tanah sahaja
  • Merupakan pemilik tanah yang sah.

CARA MOHON BANTUAN BMT RM 800 2023

Sekiranya anda, ahli keluarga atau kenalan yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Permohonan secara atas talian boleh dibuat dengan mudah untuk memohon bantuan ini seperti berikut.

Untuk membuat semakan permohonan, sila layari portal rasmi RISDA BMT – DI SINI

Permohonan juga boleh dilakukan secara manual dengan cara hadir ke mana-mana cawangan pejabat RISDA melalui temujanji.

Info Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalahan semasa permohonan, sila hubungi talian khas pihak RISDA di talian 03-4256 4022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button