BANTUANBayi

Saguhati Bantuan Khas RM 300 Untuk Bayi Baru Lahir Tahun 2022

Pada tahun ini terdapat sebuah skim bantuan khas kepada keluarga bagi bayi yang baru lahir. Program ini merupakan sebuah bantuan saguhati di bawah Bajet 2022 kerajaan Negeri, kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang baru lahir pada tahun ini, ini adalah insentif saguhati dari kerajaan negeri dengan kadar bantuan sebanyak RM 300 bagi setiap bayi.

Program ini diwujudkan bagi membantu meringankan beban ibu bapa yang memerlukan khususnya berbentuk kewangan untuk pembelian barangan berbentuk penjagaan bayi dan ibu bersalin semasa berpandang pada tahun ini.

Pemberian Saguhati 

Bagi setiap bayi yang dilahirkan di negeri Pahang mulai tahun 2022 layak untuk menerima bantuan ini di bawah program Anak Kebanggaan Pahang. Tambahan, objektif pemberian saguhati ini adalah untuk meringankan beban keluarga membuat simpanan serta barangan penjagaan bayi yang baru lahir dan ibu semasa pantang. Justeru itu, jumlah peruntukan bagi program ini sebanyak RM 5 Juta. Pengumuman ini telah dibentangkan pada Belanjawan Pahang 2022 pada mesyuarat kedua penggal keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke 14 di Wisma Sri Pahang yang lalu.

Kadar Saguhati Bantuan Untuk Setiap Kelahiran

Pihak Kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan Program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) dan saguhati ini terbuka kepada semua orang untuk memohon bantuan Saguhati RM 300 ini. Menurut YAB Menteri Besar Pahang ,Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, objektif tujuan kenaikkan kadar bantuan ini kepada RM 300 adalah untuk menggalakan kadar kelahiran di negeri Pahang yang masih lagi rendah dan kurang.

Untuk maklumat terperinci berkenaan saguhati bantuan RM 300 ini, anda boleh layari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang – DI SINI atau menghubungi di talian khas – 09 512 6600.

Maklumat Lanjut

Selain daripada bantuan negeri Pahang ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri lain khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button