BANTUANFasa 4STR

STR Fasa Ke 4 : Semak Tarikh & Jumlah Bayaran

STR fasa ke 4 adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang diberikan peringkat terakhir pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pemberian sumbangan tunai rahmah (STR) ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup.

STR FASA KE 4

Bagi pengetahuan umum, pemberian peringkat terakhir STR fasa ke 4 akan melibatkan golongan kategori isi rumah dan warga emas sahaja. Bagi kategori bujang hanya menerima pembayaran sehingga fasa ketiga (3) sahaja.

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pembayaran sumbangan tunai rahmah akan diberikan sehingga fasa ke 4 sahaja kepada penerima sedia ada. Di bawah telah disediakan maklumat yang perlu anda ketahui mengenai tarikh dan jumlah bayaran STR fasa terakhir nanti.

TARIKH BAYARAN 

Bayaran bagi STR fasa ke 4 dijadualkan akan diagihkan bermula bulan November 2023 secara berperingkat melalui kredit terus ke dalam akaun dan tebus tunai di BSN bagi penerima tiada kad bank.

Sebelum pembayaran bulan November, pada bulan Julai akan disalurkan bayaran bagi fasa ketiga terlebih dahulu yang melibatkan semua kategori.

JUMLAH BAYARAN

Berikut adalah jumlah bayaran fasa akhir yang akan diterima mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI BUJANG (TIADA PASANGAN)

  • Tiada bayaran

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN DI BAWAH RM2,500)

  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai anak (1-2) : RM600
  • Mempunyai anak (3-4) : RM800
  • Mempunyai anak (5 dan lebih) : RM1,200

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai anak (1-2) : Tiada bayaran
  • Mempunyai anak (3-4) : RM300
  • Mempunyai anak (5 dan lebih) : RM500

Nota : Pembayaran STR fasa terakhir ini diberikan pada kadar bantuan tertinggi berbanding fasa sebelum.

SEMAKAN STATUS MYSTR 2023

Bagi penerima sedia ada STR, semakan status pembayaran bantuan tunai boleh disemak secara online. Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada pertengahan tahun ini, pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button