Bajet 2023BANTUANKerajaan

Senarai Bantuan Kerajaan Bermula Januari 2023

Senarai bantuan kerajaan yang bakal dilaksanakan bermula bulan Januari 2023 sebahagiannya telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada sidang pembentangan Mini Bajet 2023.

Program inisiatif berbentuk bantuan tunai adalah salah satu dalam usaha kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan terutama golongan sasar iaitu kumpulan B40 dan miskin tegar.

Baru-baru ini melalui pembentangan RUU kumpulan wang disatukan oleh Perdana Menteri telah membenarkan pembelanjaan dikeluarkan untuk khidmat kerajaan sebahagian pada tahun 2023. Untuk makluman, peruntukan khas lebih daripada RM107 bilion telah diluluskan bagi melaksanakan beberapa program bantuan pada suku pertama tahun 2023.

Di halaman kali ini, telah disediakan senarai bantuan kerajaan yang boleh anda dapatkan sekiranya berkelayakan. Banyak program bantuan yang akan diperkenalkan dalam sidang BAJET 2023 nanti.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa bantuan BAP ini akan diteruskan pada tahun hadapan. Pemberian insentif ini diberikan kepada pelajar sebanyak RM150 tanpa kira latar belakang had pendapatan keluarga. Bantuan ini akan mula disalurkan pada awal bulan Januari 2023.

BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR)

Untuk sedia maklum, pada awalnya bantuan BTR ini akan disalurkan pada bulan Mac. Tetapi atas dasar prihatin kerajaan telah bersetuju mempercepatkan bayaran BTR fasa 1 bermula Januari 2023.

Hal ini bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan dan terkesan dengan bencara banjir yang sedang berlaku di negara. Bagi kadar bantuan, 2 kategori akan terlibat dalam pembayaran fasa 1 nanti. Kategori berkeluarga akan mendapatkan bantuan sebanyak RM300 dan bujang sebanyak RM100.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa bantuan khas kewangan (BKK) untuk penjawat awam Gred 56 kebawah dan pesara kerajaan akan diberikan bermula Januari 2023. Kadar bayaran adalah sebanyak RM350 kepada pesara dan RM700 kepada penjawat awam.

KGT TAMBAHAN KHAS

Bagi penjawat awam Gred 11 sehingga 56 akan menerima kenaikkan gaji sebanyak RM100 bermula tahun 2023. Hal ini bagi membantu penjawat awam dan tanda penghargaan menjalankan perkhidmatan kepada rakyat.

INFO LANJUT

Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini masih ada inisiatif bantuan tunai yang masih disediakan oleh pihak kerajaan bagi rakyat yang berkelayakan memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang layak untuk anda mohon di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button