
Bantuan EDompet adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk kredit ewallet berjumlah RM200 yang ditawarkan secara percuma. Untuk makluman, kepada mereka yang berkelayakan dan belum tebus, anda masih belum terlambat untuk mendapatkannya.
BANTUAN EDOMPET TAHUN 2023
Pada sidang Belanjawan 2023, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan sebuah insiatif bantuan edompet yang dikenali sebagai eBelia Rahmah. Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas berbentuk kredit ewallet ini kepada rakyat yang terdiri daripada golongan B40.
Program eBelia Rahmah ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta yang terdiri dalam golongan belia dan mahasiswa. Kadar bantuan yang ditawarkan adalah bernilai RM200 diberikan secara one-off.
TARIKH TUNTUTAN
Bantuan edompet RM200 ini mula dilaksanakan dan boleh daftar tuntutan bermula pada tarikh berikut :
- 26 Jun sehingga 22 Ogos 2023
- Tempoh penebusan kredit percuma etunai ini boleh dibelanjakan sehingga tarikh luput pada 31 Ogos 2023
CARA CLAIM EDOMPET MENGIKUT APLIKASI PILIHAN
Kepada mereka yang ingin tebus bantuan khas ini, anda perlu memuat turun salah satu aplikasi pilihan yang terlibat dan boleh terus tebus seperti dibawah :
- Touch N Go ewallet – KLIK DISINI
- Setel – KLIK DI SINI
- Boost
Info : Setiap pemohon hanya boleh memilih salah 1 aplikasi dan nilai kredit RM200 ini hanya dibenarkan tebus sekali sahaja.
SYARAT KELAYAKAN
Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan edompet RM200 ini seperti berikut :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Golongan belia B40
- Berumur 18 hingga 20 tahun
- Diperluaskan kepada kumpulan mahasiswa/ pelajar sepenuh masa tanpa mengira had umur
Mahasiswa yang layak menebus inisiatif khas ini adalah terdiri daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berdaftar dengan salah satu kementerian seperti di bawah :
- Kementerian pendidikan tinggi
- Kementerian pertanian dan keterjaminan makanan
- Kementerian pendidikan
- Kementerian makanan
- Kementerian pertahanan
- Kementerian kemajuan desa dan wilayah
- Kementerian belia dan sukan
- Kementeria sumber manusia
- Jabatan kemajuan islam Malaysia
Data pemohon akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dengan pengkalan data kerajaan yang berkenaan.
INFO LANJUT
Selain bantuan edompet, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini. Kepada mereka yang terlepas pandang khususnya golongan B40, anda boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.