BANTUANMARiiCasMotorsikalRebat

MARiiCas : Bantuan Rebat Tunai RM2,400 Motorsikal Elektrik

MARiiCas : Bantuan Rebat Tunai sebanyak RM2,400 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang pendapatan dibawah RM120,000 setahun. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini baru dilaksanakan pada bulan Disember ini bagi memberi manfaat kepada rakyat.

MARIICAS : BANTUAN REBAT TUNAI

Pihak kerajaan perpaduan telah melancarkan sebuah lagi inisiatif istimewa yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk Malaysia. Bermula 8 Disember 2023, pelancaran skim galakan pengunaan motorsikal elektrik telah dilaksanakan seluruh negara.

Inisiatif khas ini dibuka kepada golongan berpendapatan RM120,000 setahun dan ini bermakna kumpulan B40 dan M40 layak untuk mohon. Skim istimewa MARiiCas ini dibawah belanjawan 2024 bertujuan menggalakan rakyat untuk menggunakan kenderaan berasaskan elektrik.

KELEBIHAN SKIM REBAT TUNAI (MARIICAS)

Melalui program skim menggalakan penggunaan motorsikal elektrik MARiiCas ini, manfaat dan kelebihan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Pemberian bantuan subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk setiap pembelian motorsikal jenis elektrik
  • Pemberian bantuan subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 (sebulan) selama 12 bulan/ setahun untuk permohonan langganan motorsikal jenis elektrik.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN REBAT TUNAI (MARIICAS)

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi menyertai program galakan penggunaan motorsikal elektrik adalah seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu yang mempunyai pendapatan RM120,000 kebawah dalam setahun
  • Golongan B40 dan M40
  • Mempunyai lesen memandu jenis kenderaan motorsikal yang masih sah (Kategori B, B1 atau B2).

TEMPOH PERMOHONAN REBAT DIBUKA

Bagi pengetahuan umum, tempoh permohonan MARiiCas telah dibuka bermula 8 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2024. Skim MARiiCas ini mempunyai kuota kuantiti, mereka yang layak disarankan mohon rebat tunai yang ditawarkan sebelum habis ditebus.

PANDUAN DAFTAR & MOHON SKIM MARIICAS

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi MARiiCAS – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button