BANTUANJKM

Jenis Bantuan Kewangan JKM Dibayar Bulan Mac

Jenis bantuan kewangan JKM yang dibayar pada bulan Mac ini sehingga RM1,000 oleh kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Untuk makluman, terdapat beberapa inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan JKM dibayar secara setiap bulan.

JENIS BANTUAN KEWANGAN JKM

Sekiranya anda merupakan golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan, terdapat 11 jenis bantuan kewangan JKM yang telah disediakan yang boleh anda mohon jika menepati kelayakan syarat yang telah ditetapkan. Senarai bantuan yang ada dalam skim bantuan kebajikan adalah seperti berikut :

  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Kanak -kanak (BKK)
  • Bantuan am persekutuan (BA)
  • Bantuan latihan perantis (BLP)
  • Bantuan geran pelancaran
  • Elaun pekerja OKU
  • Bantuan penjagaan OKU terlantar
  • Bantuan pesakit kronik terlantar
  • Bantuan alat tiruan
  • Tabung bantuan segera
  • Bantuan warga emas
  • Bantuan OKU tidak bekerja

Untuk maklumat, bantuan JKM yang disediakan berjumlah sehingga RM1,000. Jumlah bayaran bantuan bergantung kategori kelayakan permohonan.

JADUAL BAYARAN BANTUAN JKM

Untuk makluman, jadual bayaran JKM akan dikreditkan pada bulan ini dari tarikh 1 sehingga 10 Mac 2023 secara berperingkat. Kepada pemohon yang layak akan terima bayaran secara bulanan.

PERMOHONAN BARU JKM

Kepada mereka yang ingin membuat permohonan, sila layari portal rasmi – JKM

Di halaman tersebut anda boleh semak kategori yang layak untuk anda mohon, borang permohan boleh dimuat turun di ruangan yang telah disediakan. Untuk memudahkan proses permohonan, sila sediakan dokumen penting yang diperlukan.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan / Mykad pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU untuk kategori OKU
  • Bil utiliti
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan bagi bekerja sendiri
  • Laporan pegawai kesihatan bagi kes pemohon tidak bekerja.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan bantuan JKM, sila hubungi talian khas JKM di – 03 8000 8000 atau faks – 03 8323 2045 untuk ketahui maklumat lebih terperinci.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada jenis bantuan kewangan JKM, terdapat lebih banyak inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada Belanjawan 2023 untuk golongan B40 dan miskin. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button