BANTUANFASA 3STR

Bayaran STR Fasa 3 : Kategori Tidak Layak

Bayaran STR fasa 3 akan dikreditkan secara berperingkat tidak lama lagi yang dijadualkan bermula pada Julai 2023. Untuk makluman, terdapat satu kategori yang tidak akan menerima bayaran pada pemberian sumbangan tunai rahmah fasa berikutnya.

BAYARAN STR FASA 3

Kepada penerima bantuan tunai STR sedia ada, bayaran fasa ketiga nanti anda akan menerima pada kadar lebih tinggi berbanding fasa 1 dan fasa 2. Kadar yang ditawarkan pada fasa 3 nanti adalah sehingga RM800, jumlah ditentukan mengikut kategori kelayakan.

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pembayaran STR tahun ini akan diberikan melalui 4 fasa secara berperingkat. Separuh bayaran STR telah selesai diberikan pada bulan Januari dan April, kini hanya berbaki yang akan diberikan pada bulan Julai dan November 2023.

KATEGORI TIDAK LAYAK TERIMA STR FASA 3

Terdapat satu kategori yang tidak akan menerima bayaran fasa ketiga nanti seperti di bawah :

  • Kategori isi rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000) M40
  • Tiada mempunyai tanggungan anak

KATEGORI LAYAK TERIMA BAYARAN

Di bawah adalah senarai penerima layak STR fasa 3 mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI BUJANG (TIADA PASANGAN)

  • RM150 seorang

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

KATEGORI ISI RUMAH (RM2,500 KEBAWAH) B40

  • Tidak mempunyai anak : RM300
  • Mempunyai (1-2 anak) : RM400
  • Mempunyai (3-4 anak) : RM600
  • Mempunyai (5 dan lebih anak) : RM800

ISI RUMAH (RM2,501 – RM5,000) M40

  • Mempunyai (1-2 anak) : RM150
  • Mempunyai (3-4 anak) : RM200
  • Mempunyai (5 dan lebih anak) : RM250

STR TAMBAHAN (BANTUAN BAKUL & BAUCAR MAKANAN ASAS BERNILAI RM600)

  • Ditawarkan kepada kategori isi rumah yang berstatus miskin tegar melalui data ekasih.

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3

Pengagihan sumbangan tunai rahmah fasa ketiga akan mula disalurkan pada bulan depan. Untuk kemaskini semakan status bayaran bantuan tunai, sila layari web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button