BANTUANBKK

BKK : Bantuan Khas Kewangan RM1,000 Dikreditkan Bulan Depan

BKK : Bantuan Khas Kewangan minimum RM1,000 akan dikreditkan kepada mereka yang terlibat pada bulan depan (Disember) 2023. Ini merupakan sebuah insentif yang akan diberikan secara one-off untuk membantu meringankan beban rakyat.

BKK : BANTUAN KHAS KEWANGAN

Pada tahun ini pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentun bantuan kepada rakyat. Salah satu insentif yang bakal diberikan dalah bantuan khas kewangan dibawah negeri Selangor.

Semasa sidang Belanjawan 2024, Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Amirudin Shaari telah memaklumkan berkenaan insentif istimewa ini. Beliau mengumumkan bahawa pemberian bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Inisiatif berbentuk bantuan tunai ini diberikan kepada para kakitangan awam yang berkhidmat dibawah kendalian pentadbiran negeri Selangor. Tarikh pemberian akan disalurkan adalah bermula pada 28 Disember nanti secara kredit ke dalam bank.

Apa yang lebih menarik adalah kadar pemberian insentif sama akan disalurkan sekali lagi pada bulan Februari tahun 2024 bagi membantu meringankan beban penjawat awam. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat meringankan persiapan sesi persekolahan anak pada tahun hadapan yang dijangka pada bulan Mac 2024.

KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK)

Untuk makluman, kadar bantuan BKK bagi negeri Selangor yang bakal diberikan tidak lama lagi adalah sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000. Dijangka anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta yang akan dibayar pada tarikh 28 Disember nanti.

BANTUAN KHAS YANG BOLEH DIMOHON

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan negeri Selangor telah melancarkan sebuah inisiatif bantuan untuk golongan B40 yang memerlukan. Program bantuan kehidupan sejahtera ini adalah bernilai RM300 sebulan yang boleh dimohon oleh mereka yang pendapatan dibawah RM3,000 sebulan.

Sekiranya berkelayakan dan memerlukan, anda boleh kemukakan permohonan secara online untuk mendapatkan manfaat daripada bantuan ini. Panduan cara mohon dan syarat kelayakan telah disediakan, untuk semakan sila layari laman rasmi BINGKAS – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button