AidilfitriBANTUAN

Bantuan Kewangan RM 1,000 Secara “One-off” Sempena Aidilfitri

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan melibatkan kewangan telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan mahunpun kerajaan Negeri.

Sempena hari raya aidilfitri yang bakal tiba, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan berbentuk kewangan kad sebanyak RM 500 akan diberikan kepada para penjawat awam dan pesara kerajaan. Bayaran bantuan khas ini akan diberikan melalui gaji pada bulan ini.

Sempena perayaan aidilfitri yang akan tiba, bukan hanya pihak Kerajaan persekutuan sahaja yang memberikan bantuan khas, pihak kerajaan negeri juga ada yang turut menyalurkan bantuan kewangan kepada yang layak dan memerlukan bagi membantu meringankan pembelanjaan pada hari raya. Salah satu bantuan khas dari kerajaan negeri ialah dari Negeri Kedah yang mana telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM 1,000 akan diberikan secara one-off.

Insentif Kewangan Sebanyak RM 1,000 secara One-off

Bantuan khas ini nanti akan diagihkan kepada semua peringkat kakitangan yang telah berkhidmat di bawah perkhidmatan awam Negeri Kedah. Insentif berbentuk kewangan ini adalah salah satu sumbangan sempena perayaan aidilfitri kepada rakyat Kedah.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pemberian bantuan khas ini diputuskan oleh pihaknya pada menyuarat Exco yang telah berlangsung di Wisma Darul Aman pada tanggal 6 April 2022.

Pihaknya turut bersetuju untuk meluaskan pemberian bantuan khas ini kepada semua pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh negeri Kedah Darul Aman.

“Mesyuarat Exco telah meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada pengerusi dan setiausahan JPKK seluruh Negeri Kedah membabitkan kira-kira 2,050 orang penerima dengan peruntukan sebanyak RM 307,500 ” – Menteri Besar Kedah, petikan dari Harian Metro.

Tambahannya lagi, bantuan khas sempena aidilfitri ini melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM 5.35 Juta untuk dilaksanakan.

Maklumat Lanjut

Selain dari bantuan dari pihak negeri Kedah ini, terdapat banyak lagi bantuan berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan pihak Kerajaan Negeri-negeri lain. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan khususnya berbentuk kewangan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utam yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button