BANTUANeTunai

E-Tunai : Bantuan RM100 Bakal Diberikan Seawal Bulan Oktober

E-Tunai : Bantuan RM100 bakal diberikan pada suku keempat tahun ini iaitu seawal bulan Oktober nanti. Seperti sedia maklum, pelbagai inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2023.

E-TUNAI : BANTUAN RM100 UNTUK B40 & M40

Baru-baru ini semasa sidang Peluncuran Ekonomi MADANI : Memperkasa rakyat, Perdana Menteri telah memperkenalkan satu lagi insentif untuk rakyat. Atas dasar keprihatinan, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan e-tunai kepada golongan dewasa.

Pada sidang BELANJAWAN 2023 ebelia rahmah telah diperkenalkan dimana kredit ewallet RM200 diberikan secara one-off kepada mahasiswa. Kini satu lagi insiatif serupa akan dilaksanakan seawal bulan Oktober iaitu e-tunai bernilai RM100.

Apa yang menarik adalah bantuan ini ditawarkan kepada kategori dewasa berumur 21 tahun keatas yang mempunyai pendapatan tahunan RM100,000 kebawah. Ini bermakna kumpulan B40 dan M40 layak untuk mendapatkan manfaat dari pemberian istimewa ini.

Untuk makluman, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan telah memaklumkan peruntukan sekitar RM1 bilion bakal memanfaatkan lebih 10 juta rakyat.

Pemberian bantuan ini tidak diberikan secara tunai, ia akan dikreditkan sama seperti bantuan ebelia rahmah. Iaitu dalam bentuk ewallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat yang akan dimaklumkan nanti.

KRITERIA KELAYAKAN E-TUNAI : BANTUAN RM100

Terdapat beberapa kriteria kelayakan yang telah dimaklumkan buat masa ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan dewasa berumur 21 tahun keatas
  • Pendapatan dalam setahun di bawah RM100,000
  • Kumpulan B40 dan M40

TARIKH PERLAKSANAAN E-TUNAI

Bagi bantuan e-tunai RM100 untuk kategori dewasa ini, tarikh perlaksanaan telah dimaklumkan akan dilaksanakan pada suku ke 4 tahun 2023. Ini bermakna akan diberikan seawal bulan Oktober sehingga Disember tahun ini.

Sebarang maklumat terkini dan syarat-syarat lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Apa yang pasti ini adalah berita gembira bagi rakyat kerana insentif tambahan ini dapat membantu meringankan beban pada tahun ini.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan juga inisiatif berbentuk bantuan yang telah ditawarkan kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button