BANTUANRayuanrayuan strSTR

Kemaskini Rayuan STR Dibuka Sehingga 31 Julai : Semak Segera

Untuk makluman umum, kemaskini rayuan STR masih boleh dilakukan sehingga 31 Julai 2023 kepada mereka yang berkenaan. Pihak kerajaan telah membuka permohonan STR kepada penerima yang berstatus tidak lulus STR fasa 3.

PEMBERIAN BANTUAN TUNAI STR 2023

Seperti sedia maklum, pemberian bantuan tunai STR telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan 2023. Program STR adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan.

Kategori yang telibat dalam pembayaran STR adalah bujang, isi rumah serta warga emas yang terdiri dari golongan B40, M40 dan miskin tegar. Kadar bantuan yang ditawarkan termasuk insentif tambahan adalah sehingga RM3,100 dan jumlah tertakluk pada kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak.

Pada pembayaran fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah, terdapat golongan yang terima bayaran dan ada yang tidak menerima bayaran berstatus ‘Tidak Lulus’. Kepada mereka yang tidak lulus telah dinyatakan sebab tidak layak semasa semakan.

Namun mereka yang tidak lulus boleh membuat kemaskini rayuan STR bagi mendapatkan bayaran bantuan ini pada fasa terakhir nanti.

KEMASKINI RAYUAN STR

Kepada golongan yang tidak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa ketiga (3) bulan Jun lalu, jangan bimbang. Anda boleh mengemukakan permohonan rayuan, tarikh dibuka sepanjang bulan Julai.

Penerima yang berjaya lulus rayuan akan menerima bayaran bantuan tunai STR pada fasa berikutnya yang dijadualkan pada bulan November 2023. Untuk membuat semakan kemaskini rayuan STR, sila layari portal rasmi MySTR –¬†KLIK DISINI

STR TAMBAHAN 

Kepada yang terlepas pandang, kerajaan telah mula mengagihkan bantuan tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARa). Bantuan ini adalah dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas yang bernilai RM600.

Ketegori yang layak menerima bantuan ini adalah penerima sedia ada STR yang terdiri daripada kategori miskin tegar dan semakan status boleh dilakukan di laman ekasih. Pengkreditan telah mula diberikan pada bulan Julai sehingga Disember 2023 kepada mereka yang layak.

INFO LANJUT

Pada tahun 2023 kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan bagi meringankan beban kewangan golongan B40 dan miskin. Sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk kalian mendapatkannya –¬†SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button