BANTUANMySARASumbangan Asas Rahmah

MySARA : Pemberian Tambahan RM600 Untuk Rakyat Malaysia

MySARA : Pemberian Tambahan RM600 untuk rakyat Malaysia telah mula dikreditkan ke dalam MyKad berperingkat selama 6 bulan. Inisiatif istimewa ini diberikan kepada penerima sedia ada STR yang memerlukan secara percuma.

MYSARA : PEMBERIAN TAMBAHAN RM600

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelayakan akan mendapat bantuan SARA. Sumbangan Asas Rahmah ini adalah merupakan pemberian bantuan tambahan berjumlah RM600.

Bantuan bakul dan baucar makanan asas ini dikreditkan ke dalam mykad pada kadar RM100 setiap bulan bermula Julai sehingga Disember ini. Dengan adanya insentif khas ini boleh digunakan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar untuk membeli barangan keperluan asas.

Apa yang lebih menarik adalah semasa sidang Belanjawan 2024, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan kadar bantuan SARA akan dinaikkan. Pada tahun depan, insentif ditingkatkan kepada RM1,200 setahun dan bayaran dikreditkan RM100 selama 12 bulan.

KELAYAKAN PEMBERIAN TAMBAHAN MYSARA

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah ini seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (2023)
  • Pendapatan tidak melebihi PGK – Pendapatan Garis Kemiskinan
  • Tersenarai dalam data maklumat ekasih

SEMAKAN STATUS MYSARA RM600

Sekiranya ada merupakan penerima STR, anda boleh membuat semakan status sama ada layak atau tidak mendapatkan manfaat dari bantuan khas Sumbangan Asas Rahmah RM600 ini. Untuk semakan secara online, sila layari laman rasmi MySARA Kasih – DI SINI

Semasa semakan, jika berkelayakan maklumat peribadi anda akan dipaparkan pada skrin. Mereka yang berkelayakan boleh menggunakan amaun yang dikreditkan dalam mykad di pasaraya berdekatan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat. Atas dasar keprihatinan kerajaan, pelbagai insentif tahun lalu terus dilaksanakan tahun ini dan bantuan baru turut diperkenalkan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang masih ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button