BANTUANBKMFasa 2Tarikh Pembayaran

Kategori Dan Tarikh Bayaran BKM Fasa 2

Untuk makluman umum, Pihak Kerajaan telah mengumumkan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan menerima faedah dan manfaat pada hujung bulan Mac 2022 secara bantuan berbentuk tunai berjumlah kira-kira RM 8.2 bilion ringgit menerusi kenyataan Perdana Menteri Malaysia.

Bantuan Keluarga Malaysia

Skim Bantuan BKM ini telah ditambah baik daripada bantuan kewangan tahun sebelum ini. Nilai bantuan telah ditambah mengikut kategori dan jumlah bilangan anak bagi isi rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai 1 – 2 orang anak dan isi rumah yang mempunyai bilangan anak lebih dari 3 orang serta memperkenalkan kadar bayaran tambahan kepada kategori isi rumah terhad kepada ibu atau bapa tunggal (IBT) dan warga emas.

Untuk makluman, pembayaran BKM Fasa 1 telahpun diagihkan bermula 28 Mac 2022 secara berperingkat. Semua kategori penerima dapat pembayaran BKM Fasa 1.

BKM Fasa 2

Untuk sedia maklum, pembayaran BKM Fasa 2 dijangka akan bermula pada bulan Jun 2022 dan akan dikreditkan ke akaun bank secara berperingkat.

Kategori Dan Kadar Bayaran BKM Fasa 2 

Bagi bayaran BKM Fasa 2 semua kategori akan menerima pembayaran kecuali bagi kategori bujang, bagi kategori bujang bayaran BKM akan diterima pada Fasa 1 (RM 200) dan Fasa 3 (RM 150). Kadar bayaran bagi Fasa 2 untuk semua kategori kecuali bujang adalah sebanyak RM 100 sehingga RM 400. Jumlah bayaran Fasa 2 bergantung pada jumlah tanggungan isi rumah dan warga emas. Anda boleh semak status permohonan anda di Portal Rasmi BKM – DI SINI

Permohonan / Rayuan BKM

Sekiranya anda berstatus tidak layak dan tidak menerima BKM, anda boleh membuat permohonan rayuan kerana tarikh rayuan permohonan BKM telah dibuka bermula 2 Mei 2022 sehingga tarikh tutup pada 2 Jun 2022.

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat penuh berkenaan BKM 2022, anda boleh layari laman rasmi BKM yang telah disediakan diatas.

Maklumat Lanjut

Selain daripada inisiatif Bantuan BKM ini, terdapat lebih banyak lagi inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan pada tahun 2022.

Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button