BANTUANSTR TambahanTarikh Pembayaran

Jadual Bayaran Bantuan Tambahan RM600 Telah Diumumkan ~ Semak Sekarang

Jadual bayaran bantuan tambahan Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR telah diumumkan akan diberikan secara berperingkat. Untuk makluman, pemberian bantuan tambahan ini telah diperkenalkank oleh Perdana Menteri pada sesi pembentangan Belanjawan 2023.

BANTUAN TAMBAHAN RM600

Untuk sedia maklum, bayaran asas sumbangan tunai rahmah diberikan kepada kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang meliputi golongan B40 dan M40. Apa yang lebih menarik, pihak kerajaan menawarkan bantuan tambahan kepada penerima sedia ada STR pada kadar yang telah ditetapkan.

Bantuan tambahan khas ini akan diberikan pada kadar bernilai RM600 bagi setiap penerima yang berkelayakan. Bantuan tambahan ini ditawarkan bukan dalam bentuk tunai tetapi dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

Inisiaitif khas ini akan diberikan kepada golongan isi rumah yang berstatus miskin tegar yang mempunyai pendapatan garik kemiskinan (PGK) di bawah purata RM1,169.

JADUAL BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN

Berpandukan maklumat dari portal rasmi Kementerian kewangan, jadual bayaran bantuan tambahan STR akan diberikan secara berperingkat (fasa). Kadar bernilai RM100 akan diagihkan selama 6 fasa bermula pada bulan Julai sehingga Disember 2023.

KADAR BANTUAN TAMBAHAN

Kepada yang layak menerima bantuan tambahan, mereka akan menerima dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas selama 6 bulan.

Insentif khas ini dikenali sebagai bantuan bakul rahmah yang mengandungi barang keperluan asas seperti gula, minyak masak, beras, tepung susu pekat, telur, mihun atau baucar bernilai RM100 diberikan setiap bulan bagi tempoh enam (6) bulan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI

Kepada penerima sedia ada yang berada dalam kategori isi rumah, anda boleh semak sama ada layak atau tidak menerima bantuan tambahan melalui portal rasmi e-kasih. Bagi penerima Sumbangan Tunai rahmah, kini anda boleh membuat semakan status pembayaran bagi fasa berikutnya. Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan dan menawarkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan pada tahun ini – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button