BANTUANJKMJunWarga Emas

Bantuan Tunai Khas RM 500 Secara One-off Bulan Jun

Untuk sedia maklum, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz iaitu merupakan Menteri Kewangan telah mengumumkan pada sidang Belanjawan 2021 yang lalu, bantuan kepada golongan warga emas dan bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan dari jumlah tahun sebelum RM 350 kepada RM 500 setiap seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Melalui kenyataan belian, program bantuan ini akan terus dilaksanakan pada tahun ini.

Program bantuan insentif warga emas ini akan diuruskan sepenuhnya olrh pihak JKM yang mana merupakan sebuah agensi dibawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Program bantuan ini akan lebih mensasarkan kepada golongan warga emas yang layak untuk membantu meneruskan kelangsungan kesejahteraan hidup di dalam komuniti masyarakat pada tahun 2022.

Syarat Kelayakan Insentif RM 500

  • Individu / pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Bagi mana-mana kest yang berkaitan keperluan layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
  • Individu pemohon merupakan orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  • Merupakan orang tua / warga emas yang bukan duduki di mana-mana institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian (Kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma)

Cara Membuat Permohonan

Sekiranya anda mempunyai kenalan atau ahli keluarga yang menepati syarat kelayakan,  permohonan boleh dibuat seperti berikut :

  1. Langkah pertama anda perlu layari Portal Rasmi eBantuan JKM – DI SINI
  2. Seterusnya sila klik pada butang ‘Daftar Permohonan’
  3. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan pemohonan serta negeri tempat tinggal pada ruangan yang disediakan
  4. Klik butang DAFTAR dan selesai.

Dalam masa tempoh empat belas hari dari permohonan, sila hadir ke mana-mana pejabat jabatan kebajikan masyarakat (JKM) yang berhampiran kediaman. Senarai direktori Pejabat yang ada boleh anda rujuk – DI SINI

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan individu pemohon
  • Salinan sijil lahir anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan kad pengenalan suami atau isteri atau ibu bapa atau anak yang tinggal bersama
  • Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan .

Maklumat Tambahan

Pada tahun 2022, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk tunai bagi membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button