BANTUANMySalam

Bantuan Kewangan Secara Automatik Sebanyak RM 700

Ramai yang terlepas pandang berkenaan bantuan ini. Untuk makluman, terdapat satu bantuan yang anda boleh terima tanpa membuat sebarang permohonan iaitu dikenali sebagai bantuan MySalam 2022.

Pengenalan MySalam

Bantuan MySalam adalah salah satu inisiatif skim bantuan Takaful perlindungan kesihatan diberikan secara percuma kepada yang memerlukan yang menyediakan perlindungan takaful dan lebih mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana melalui Dana Amanah MySalam.

Tujuan utama Skim bantuan MySalam ini ialah bagi membantu memudahkan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa dalam berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang di hidapi.

Syarat Kelayakan 

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang perlu anda ketahui :

  • Golongan / Individu (OKU) yang berumur dari 18 hingga 65 tahun yang berpendapatan di bawah RM 24,000 setahun
  • Golongan / Individu yang berumur dari 18 hingga 65 tahun yang mempunyai pasangan
  • Golongan / Individu yang berumur dari 40 hingga 65 tahun yang berpendapatan di bawah RM 24,000 setahun
Panduan Tebus MySalam

Anda boleh menebus Bantuan MySalam RM 700, berikut disediakan panduan cara menebus :

  • Sila layari Portal Rasmi MySalam untuk membuat semakan – DI SINI
  • Kepada penerima yang layak, anda akan dapat pengesahan menerusi sistem SMS
  • Jika anda layak tetapi tidak menerima sebarang pengesahan melalui SMS, anda boleh menghubungi talian khas MySalam 1 300 888 938 atau anda boleh menghantar emel di [email protected]

Untuk Makluman, kepada penerima bantuan BPR / BSH anda secara automatik layak. Pihak Mysalam akan terus masukan maklumat anda ke dalam sistem MySalam

Manfaat Skim MySalam
  • Kepada yang layak bakal menerima bayaran secara harian untuk dalam tempoh 14 hari setahun pada kadar bayaran RM 40 sehari atau bersamaan RM 700 setahun
  • Kepada yang layak bakal menerima Bayaran RM 8,000 yang akan diagihkan dalam masa yang akan diumumkan
  • Bermula tahun 2022, Skim MySalam akan diperluaskan kepada para penerima Bantuan BKM akan turut layak secara automatik
Senarai Penyakit yang boleh anda tuntut RM 700

Dibawah telah disediakan senarai penyakit yang membolehkan pihak keluarga atau anda untuk membuat tebusan bantuan MySalam 2022 :

  • Koma
  • Penyakit Kanser
  • Meningitis Bakteria
  • Pembedahan otak
  • Demensia /Alzheimer
  • AIDS
  • Serangan Jantung
  • Stroke
  • Angin Ahmar
  • Jangkitan HIV
  • Dan penyakit penyakit kritikal lain
Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, terdapat pelbagai bantuan baru telah diperkenalkan. Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan khususnya bantuan berbentuk kewangan, Sila ke Laman Utam yang telah disediakan –KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button