BANTUANRUMAH

Panduan Cara Daftar Permohonan Rumah IKRAM 2022

Untuk makluman umum, terdapat salah satu inisiatif telah diperkenalkan oleh Pihak Kerajaan bagi golongan yang masih belum memiliki kediaman rumah dan sedang mencari rumah sendiri iaitu menerusi Program perumahan RUMAH IKRAM KPKT yang merupakan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia bagi tahun 2022.

Anda boleh membuat permohonan Rumah IKRAM, butiran maklumat dan panduan cara permohonan disediakan seperti di bawah.

Pengenalan Rumah IKRAM KPKT

Program Rumah IKRAM ini telah diperkenalkan dari hasil usaha pihak Kerajaan dalam membantu penyediaan kediaman  yang selamat dan selesa khusus kepada Keluarga Malaysia pada tahun ini yang terkesan disebabkan pendemik yang melanda dan kehilangan tempat tinggal. Turut termasuk faktor lain iaitu seperti kehilangan pekerjaan dan tidak cukup pendapatan untuk membayar sewa rumah yang tinggi.

Tujuan Program Rumah IKRAM

Tujuan utama Program Rumah IKRAM KPKT dilaksanakan adalah seperti berikut :

  • Bagi menyediakan kemudahan inisiatif melalui sewaan percuma selama 6 bulan pertama untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung keluarga Malaysia pada tahun ini.
  • Dapat memberikan pelindungan kediaman melalui penyediaan kediaman yang selamat dan selesa kepada keluarga Malaysia yang telah kehilangan tempat tinggal akibat pendemik Covid-19.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah IKRAM

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Terbuka kepada golongan B40 dan keluarga Malaysia
  • Individu / Pemohon wajib berumur 18 tahun dan ke atas semas permohonan
  • Pemohon dan pasangan wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Individu yang tidak memilik rumah, tempoh sewaan telah ditamatkan oleh tuan rumah dan sebagainya
  • Pendapatan isi rumah semasa bulanan RM 3,000 dan ke bawah

Cara Mohon Rumah IKRAM

Jika anda memenuhi syarat kelayakan seperti diatas, anda boleh membuat permohonan secara online (Atas talian). Sila layari Portal Rasmi Rumah IKRAM KPKT – DI SINI

Sila ikuti panduan permohonan di laman berikut dan sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan proses permohonan.

Kadar Sewaan Bulanan

Kadar sewaan bulanan Rumah IKRAM KPKT adalah seperti di bawah :

  • Sewaan serendah RM 124 sebulan.
  • Tempoh sewaan sehingga 24 bulan / 2 tahun.

Senarai Projek Rumah IKRAM 

Di bawah telah disediakan senarai projek perumahan PPR Rumah IKRAM KPKT :

  • PPR Kota Setar – Kedah
  • PPR Aman Jaya – Kedah
  • PPR Sinar Intan – Kedah
  • PPR Lembah Subang 2 – Selangor
  • PPR Sentul Murni – Kuala Lumpur
  • PPR Gua Musang – Kelantan
  • PPR Kota Bharu – Kelantan
  • PPR Sungai Melana 2 – Johor

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan Rumah IKRAM KPKT ini, anda boleh terus hubungi talian khas Jabatan Perumahan Negara di – 03 8891 4475 atau secara e-mel ke alamat teduh@kpkt.gov.my.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, terdapat perbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai program bantuan yang ada khususnya berbentuk kewangan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button