BANTUANFasa 2MySTR

Bayaran Bantuan Tunai MySTR Fasa-2 :Dikreditkan Pada Bulan Ini

Bayaran Bantuan Tunai MySTR Fasa-2 akan dikreditkan secara berperingkat pada bulan ini sebelum sambutan raya aidilfitri. Untuk makluman umum, inisiatif istimewa berbentuk bantuan kewangan STR ini merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR 2024

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai MySTR pada tahun lalu. Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk terus melaksanakan pemberian bantuan ini bagi sesi tahun 2024.

Program bantuan khas ini diberikan kepada 3 kategori utama iaitu belia bujang, warga emas dan isi rumah. Apa yang lebih menarik adalah jumlah kadar bayaran tahun ini telah dinaikkan kepada RM3,700 berbanding tahun lalu RM3,100.

Kepada yang terlepas pandang, pembayaran bagi bantuan tunai STR fasa pertama telahpun selesai diagihkan pada 29 Januari lalu. Fasa berikutnya akan dibayar pada bulan ini iaitu April 2024 kepada semua penerima yang terlibat.

BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA-2

Tidak lama lagi pengagihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa kedua akan dilakukan secara berperingkat. Dijangkakan pengkreditan akan dilaksanakan pada awal bulan ini sebelum menyambut syawal pada 10 April ini.

Kategori penerima yang terlibat bagi bayaran STR fasa kali ini adalah terdiri daripada isi rumah B40, M40, belia bujang serta warga emas tiada pasangan. Kadar bayaran bagi fasa 2 adalah berbeza mengikut kategori kelayakan setiap penerima.

TARIKH JADUAL BAYARAN MYSTR MENGIKUT FASA

Berikut adalah tarikh pembayaran bantuan tunai STR mengikut fasa bagi sesi tahun 2024 seperti di bawah :

  • Pembayaran fasa pertama STR : Bermula 29 Januari 2024 (Selesai)
  • Pembayaran fasa kedua STR : Bermula April 2024 (Sebelum 10 haribulan)
  • Pembayaran fasa ketiga STR : Bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Pembayaran fasa keempat STR : Bermula November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR 2024

Kepada penerima sedia ada, kalian boleh membuat semakan kadar bayaran bantuan dan kemaskini maklumat terkini secara dalam talian. Untuk semakan status, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

Nota : Kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima. Bagi yang tiada kad bank boleh tebus secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button