BANTUANBeliaePemula

Cara Mudah Tebus Bantuan E-Pemula RM 150 Secara Online

Untuk makluman umum, terdapat pelbagai jenis bantuan berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Malaysia pada tahun ini melalui sidang Bajet 2022. Tujuan utama pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi membantu rakyat yang memerlukan dan meringakan pembelanjaan kos sara hidup pada tahun ini lebih-lebih lagi kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Program E-Pemula RM 150

Pihak kerajaan telah memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai E-Pemula yang mana bantuan sebanyak RM 150. Program bantuan ini adalah bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai melalui e-dompet.

Bantuan ini terbuka kepada rakyat malaysia dan penerima boleh menebus bantuan ini. Di bawah telah disediakan butiran maklumat berkenaan program bantuan e-pemula ini.

Cara Menebus Bantuan

Untuk makluman, penebusan e-pemula ini boleh dibuat bermula pada tarikh 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 melalui platform yang telah disediakan iaitu :

  • Big Pay
  • Grab Pay
  • Shoope Pay
  • Touch n Go eWallet

Panduan seperti berikut :

  • Kepada pengguna baru atau sedia ada, sila ikuti arahan yang telah disediakan di dalam aplikasi e-tunai tersebut
  • Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara digital elektronik
  • Di dalam aplikasi e-tunai pilhan pemohon, sila masukan maklumat yang diperlukan di ruangan pada paparan tuntutan e-pemula dan klik “Hantar”
  • Kepada pemohon akan dimaklumkan sekiranya tuntutan anda berjaya.

Syarat Kelayakan

  1. Bantuan ini diberikan kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun pada 2022 iaitu lahir pada tahun 2022 hingga 2004.
  2. Bantuan ini turut diberikan kepada golongan pelajar sepenuh masa di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  3. Data belia akan disemak dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pengkalan data Kerajaan yang terlibat.

Nota tambahan : Dimaklumatkan bahawa kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022 dan pembelanjaan hanya boleh digunakan bagi pembayaran runcit dalam kedai dan tidak boleh melibatkan sebarang urusan seperti berikut :

  • Pembayaran untuk bil prabayar, kredit permainan dan pasca bayar
  • Pemindahan kredit e-dompet
  • Pembayaran tol melalui PayDirect atai RFID
  • Pembelian secara dalam talian

Jika anda ingin mengetahui maklumat lebih terperinci berkenaan e-pemula RM 150 ini, sila layari portal rasmi ePemula – DI SINI

Maklumat Lanjut

Selain dari inisiatif program bantuan e-pemula rm 150 ini, terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun ini. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button