BANTUANBKMTarikh Pembayaran

Pembayaran BKM Semua Kategori Fasa 1 : Semakan Status Dan Jumlah Bayaran

Pada tarikh 21 Mac 2022 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia Dtuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM akan mula disalurkan dan diagihkan kepada penerima yang layak bermula pada 28 Mac 2022 bersamaan hari Isnin secara berperingkat.

Untuk makluman umum, pembayaran BKM fasa 1 akan diagihkan secara berperingkat bermula 28 Mac sehingga 8 April 2022. Kaedah pembayaran secara kredit ke dalam akaun Bank penerima yang layak.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank pula, penerima BKM fasa 1 boleh menebus bayaran di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 30 Mac 2022. Di bawah telah disediakan butiran ringkas berkenaan BKM Fasa 1.

Panduan Cara Semak Status BKM Fasa 1

Bagi anda yang ingin membuat semakan status BKM, anda boleh membuat semakan secara online bermula 28 Mac 2022 melalui laman rasmi BKM. Cara semakan seperti di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi BKM – DI SINI
  2. Kemudian tekan ‘Log Masuk BKM’
  3. Sila masukan ‘ID pengguna’
  4. Buat pengesahan kata kunci keselamatan
  5. Kemudian masukan kata laluan
  6. Tekan Log Masuk
  7. Teka butang Semakan status
  8. Status anda akan dipaparkan

Nota: Kepada pemohonan yang tidak lulus jangan khuatir, rayuan permohonan akan dibuka. Pihak kami akan kemaskini maklumat dari semasa ke semasa berkenaan tarikh rayuan permohonan BKM.

Kadar Jumlah Bayaran BKM Fasa 1

Di bawah telah disediakan kadar jumlah bayaran BKM 2022 Fasa 1 seperti berikut :

Kategori Isi Rumah (Berkeluarga) – Pendapatan Isi Rumah RM 2,500 dan ke bawah

  • Mempunyai bilangan anak 0 – lebih dari 3 orang : RM 300

Kategori Isi Rumah (Berkeluarga) – Pendapatan Isi Rumah RM 2,501 hingga RM 5,000

  • Tidak mempunyai anak : RM 100
  • Mempunyai bilangan anak 1 -2 orang : RM 200
  • Mempunyai bilangan anak melebih 3 orang : RM 300

Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal mempunyai anak) – Pendapatan Isi Rumah RM 2,500 dan kebawah

  • Mempunyai bilangan anak 1 – 2 orang : RM 300
  • Mempunyai bilangan anak melebihi 3 orang : RM 300

Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal mempunyai anak) – Pendapatan Isi Rumah RM 2,501 hingga RM 5,000

  • Mempunyai bilangan anak 1 – 2 orang : RM 200
  • Mempunyai bilangan anak melebih 3 orang : RM 300

Kategori Bujang dan Ibu Bapa (Tidak mempunyai anak)

  • Pendapatan RM 2,500 dan ke bawah : RM 200
  • Pendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 : RM 150

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda terlepas pandang, pada tahun ini selain bantuan berbentuk kewangan BKM 2022 terdapat pelbagai bantuan telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button