BANTUANBINGKASeWallet

BINGKAS : Bantuan RM300 Sebulan Khas Untuk Kumpulan B40

BINGKAS : Bantuan RM300 Sebulan adalah merupakan inisiatif khas yang ditawarkan kepada kumpulan B40. Untuk sedia maklum, mereka yang menepati syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan pada tahun ini.

BINGKAS : BANTUAN RM300 SEBULAN

Inisiatif berbentuk bantuan ewallet ini telah dperkenalkan pada tahun sebelum ini dan masih terus dilaksanaan pada tahun 2023. Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri, program pemberian bantuan khas ini masih diteruskan bagi meringankan beban rakyat B40.

Perlaksanaan program bantuan kehidupan sejahtera atau lebih dikenali sebagai Bingkas ini merupakan inisiatif yang diberikan setiap bulan pada kadar RM300. Bantuan istimewa ini diberikan bagi mengiktiraf peranan penjaga/ ibu bapa dalam menguruskan keluarga dan membesarkan tanggungan anak dalam tempoh pendemik.

Melalui program bantuan khas ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM108 juta yang akan memberi manfaat kepada sekitar 30,000 isi rumah. Dengan adanya insentif khas ini dapat meringankan keluarga B40 dan memerlukan dengan bantuan pembelian barang keperluan asas bernilai RM300 sebulan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BINGKAS RM300

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan bingkas RM300 sebulan ini seperti berikut :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  2. Keluarga (Isi rumah) yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 (Kumpulan B40)
  4. Lahir di negeri Selangor atau menetap melebihi 10 tahun di Selangor
  5. Pemilih berdaftar.

Info : Kredit e-wallet RM300 sebulan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar. Jumlah ini secara automatik akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak.

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN

Kepada golongan yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI

Untuk memudahkan proses semakan permohonan, individu perlu sertakan dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan pemohon, pasangan, tanggungan dan yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah menawarkan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button