BANTUANeTunaieWallet

E-Wallet : Syarat Kelayakan Penerima Bantuan E-Tunai RM100

E-Wallet : Syarat Kelayakan Penerima bantuan E-tunai bernilai RM100 secara one-off telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Seperti sedia maklum, inisiatif istimewa ini akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

E-WALLET : SYARAT KELAYAKAN PENERIMA E-TUNAI

Untuk pengetahuan umum, bantuan khas e-tunai berjumlah RM100 ini telah diperkenalkan pada sidang Majlis Peluncuran Madani memperkasa rakyat. Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa insentif tambahan RM100 ini akan diberikan pada bulan Disember.

Lebih menarik adalah inisiatif khas ini akan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat kerana ia diberikan kepada golongan dewasa. Mereka yang berumur 21 tahun dan keatas berkelayakan untuk menebus bantuan ewallet RM100 ini pada bulan depan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN E-WALLET

Pihak kerajaan telah umumkan beberapa kriteria kelayakan bagi mendapatkan manfaat dari bantuan khas RM100 one-off ini seperti berikut.

  1. Individu berumur 21 tahun dan keatas (Tahun 2023)
  2. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  3. Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  4. Berada dalam kategori dewasa (B40 atau M40)

TARIKH TEBUS BANTUAN E-WALLET RM100

Kerajaan telah memaklumkan perlaksanaan bantuan istimewa e-tunai ini akan dilakukan pada bulan hadapan (Disember). Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa yang terdekat sebelum program bantuan dilancarkan.

CARA CLAIM BANTUAN E-WALLET

Cara tebus dan gunakan kredit e-wallet ini akan dilaksanakan sama seperti program eBeliaRahmah 2023. Dimana setiap individu yang berkelayakan boleh menebus bantuan e-tunai ini melalui aplikasi edompet yang terlibat seperti Touch N Go ewallet, grabpay, boost, setel dan sebagainya.

Insentif berbentuk bantuan kredit e-wallet ini hanya boleh diteebus sekali sahaja oleh setiap penerima. Amaun RM100 tersebut boleh digunakan sebelum tarikh luput yang akan dimaklumkan kelak semasa pelancaran program ini.

MAKLUMAT LANJUT

Selain e-tunai, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini kepada rakyat yang memerlukan. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button