BANTUANMySARASumbangan Asas Rahmah

MySARA : Bantuan Tambahan RM600 Untuk Penerima STR

MySARA : Bantuan Tambahan RM600 untuk penerima STR bagi tahun 2023 yang dikreditkan dari Julai sehingga Disember ini. Untuk makluman, pemberian inisiatif khas ini dikreditkan secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan.

MYSARA : BANTUAN TAMBAHAN RM600

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi manfaat kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan insentif tambahan. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini berjumlah RM600 dikreditkan dalam tempoh 6 bulan (RM100 sebulan).

Bagi penerima berada di negeri Sabah dan Sarawak, mereka terima bantuan ini secara sekaligus RM600 pada bulan Ogos lalu. Penerima di kawasan negeri-negeri di semenajung dikreditkan RM100 bermula Julai sehingga Disember 2023.

Kaedah pemberian dilakukan secara berperingkat setiap bulan pengkreditan ke dalam MyKad. Bantuan istimewa ini boleh digunakan dengan cara membelanjakan untuk beli barangan keperluan asas di mana-mana pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN (MYSARA)

Dibawah adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima insentif tambahan SARA RM600 pada tahun ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Golongan memerlukan (Tersenarai dalam ekasih)
  • Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan
  • Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (Miskin tegar)

MYSARA 2024 – KADAR BANTUAN TAMBAHAN DINAIKKAN

Berita gembira untuk rakyat Malaysia, kerajaan perpaduan telah memaklumkan bahawa pada tahun hadapan kadar SARA akan dinaikkan kepada RM1,200. Apa yang menarik adalah mereka yang berada dalam kategori bujang dan warga emas yang bukan dari miskin tegar juga akan layak menerima insentif ini.

Dengan adanya inisiatif seperti ini dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban kewangan rakyat Malaysia terutama dari kumpulan B40, M40 dan miskin.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA

Bagi pemberian Mysara tahun ini masih lagi diberikan sehingga Disember 2023. Kepada penerima STR, anda boleh membuat semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan SARA pada tahun ini.

Untuk semak status kelayakan, sila layari laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI

Jika layak, maklumat anda akan dipaparkan menyatakan anda berkelayakan menerima Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah dilancarkan pada tahun ini bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button