BANTUANBWEJKM

Bantuan Kewangan BWE 2023 : Semak Syarat Kelayakan & Panduan Permohonan

Bantuan kewangan BWE 2023 adalah merupakan inisiatif berbentuk insentif tunai yang ditawarkan dalam skim bantuan kebajikan tahun ini. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menawarkan pelbagai bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

BANTUAN KEWANGAN BWE 2023

Untuk makluman, salah satu inisiatif yang disediakan oleh JKM adalah bantuan kewangan BWE atau dikenali sebagai bantuan warga emas. Insentif khas ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia sahaja dengan kadar bantuan sebanyak RM500 sebulan.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan khas ini bagi membantu meringankan beban terutama kepada golongan miskin tegar pada tahun ini. Perkara ini bagi membantu golongan warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

KADAR BANTUAN BWE

Untuk pengetahuan umum, kadar bantuan warga emas (BWE) telah diselaraskan pada jumlah RM500 kepada pemohon yang layak. Jumlah tersebut akan diberikan secara setiap bulan.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan BWE RM500 ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan golongan warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin per kapita semasa
  • Pemohon bukan tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Pemohon tidak tinggal di pusat jagaan harian atau kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma

Nota : Perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub di dalam peruntukan perlembagaan persekutuan negera Malaysia dibawah senarai 3 – Jadual kesembilan senarai perundangan.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN

Kepada mereka yang berkelayakan atau mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang berminat, permohonan boleh dilakukan secara online. Sila semak panduan lengkap permohonan bantuan BWE RM500 di laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menawarkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon –KLIK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button