BANTUANMySARA 2024Sumbangan Asas Rahmah

Sumbangan Asas Rahmah 2024 : Senarai Penerima Yang Layak

Sumbangan Asas Rahmah 2024 : Untuk makluman, pemberian inisiatif SARA akan diberikan secara berperingkat bermula tahun hadapan. Berita gembira kepada rakyat kerana bantuan tambahan ini akan diberikan kepada semua penerima STR.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Program pemberian bantuan tambahan (SARA) telah diperkenalkan pada tahun ini khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah sahaja. Pada tahun 2023, insentif khas ini hanya diberikan kepada kategori isi rumah miskin tegar sahaja berjumlah RM600.

Atas dasar keprihatinan kerajaan perpaduan, bantuan ini akan terus dilaksanakan pada tahun 2024 dengan kenaikkan kadar jumlah yang lebih tinggi. Bagi tahun hadapan, jumlah adalah sehingga RM1,200 dan lebih menarik adalah kategori bukan miskin tegar turut akan menerima manfaat dari pemberian ini.

Kepada yang terlepas pandang, inisiatif khas SARA ini merupakan bantuan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya. Kaedah pembayaran adalah secara kredit ke dalam mykad penerima STR.

SENARAI PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Dibawah dikongsikan pecahan bantuan Sumbangan Asas Rahmah tahun 2024 mengikut kategori seperti berikut :

  • STR Miskin tegar : RM1,200
  • STR Miskin : RM1,200
  • STR Bujang : RM150
  • STR Isi rumah : RM300

Ini bermakna kerajaan telah memperluaskan bantuan khas ini kepada lebih ramai penerima STR yang akan dapat menggunakan manfaat yang diberikan. Pada tahun ini hanya berbaki satu lagi fasa pemberian iaitu Disember sebelum sesi 2024 dilancarkan pada Januari 2024.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA

Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan SARA ini. Untuk semak secara online, sila layari laman web rasmi MyKasih SARA – DI SINI

Jika berkelayakan, maklumat anda lulus akan dipaparkan pada skrin dan ia adalah semakan bagi tahun ini. Untuk semakan status 2024, ia akan dikemaskini pada bulan Januari nanti dan semakan boleh dilakukan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button