BANTUANPengantin Baru

Insentif Khas Pengantin Baru Sehingga RM 1,000 Mengikut Negeri

Bagi yang terlepas pandang, terdapat satu batuan iaitu insentif bagi perkahwin baru B40 untuk membantu pasangan baru berkahwin pada tahun 2022 yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Di halaman ini telah disediakan bantuan perkahwinan mengikut senarai negeri pilihan seperti dibawah.

Negeri Kuala Lumpur

Pihak Majlis Agama Wilayah Persekututan telah melaksanakan insentif yang membantu individu yang mahu berkahwin di negeri ini bagi mendirikan rumahtangga terutama kepada golongan kurang berkemampuan.

Permohonan bagi pengantin di Wilayah persekutuan boleh memohon di portal rasmi MAIWP – DI SINI

Negeri Johor

Pihak Kerajaan Negeri Johor akan memberikan bantuan insentif sebanyak RM 1,000 kepada anak muda kelahiran negeri Johor yang kali pertama berkahwin dan berpendapatan RM 5,000 dan kebawah.

Permohonan bagi pengantin baru di negeri Johor. Sila muat turun borang yang telah disediakan – DI SINI

Negeri Pahang

Bagi rakyat atau anak muda negeri Pahang, pihak kerajaan negeri telah menyediakan insentif bantuan  khas MR 200 kepada pasangan pengantin tahun ini.

Permohonan boleh dibuat melalui Portal rasmi – DI SINI

Negeri Selangor

Kepada anak muda kelahiran negeri Selangor pula, Insentif bantuan Generasi Muda telah diperkenalkan. Bantuan ini bagi membolehkan individu yang lahir atau sudah tinggal di negeri Selangor 10 tahun dan keatas untuk mendapatkan insentif bantuan sebanyak RM 300 ini.

Permohonan boleh dibuat di laman rasmi – DI SINI

Negeri Kelantan

Untuk sedia maklum, skim bantuan Az-Ziwaaj adalah merupakan insentif bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin yang berkelayakan untuk menerima bantuan sumbangan perkahwinan sebanyak RM 1000 yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan.

Permohonan boleh dibuat secara online, sila rujuk di laman rasmi – DI SINI

Nota : Diharapkan dengan adanya insentif bantuan ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada penerima. Kepada yang berkelayakan disarankan untuk membuat permohonan dan semoga berjaya.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button