BANTUANeTunaiKredit

Kredit E-Tunai RM200 : Boleh Dituntut Sebelum 22 Ogos 2023

Kredit E-Tunai RM200 adalah merupakan sebuah inisiatif khas yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Untuk pengetahuan umum, program bantuan ini telah mula dilaksanakan pada 26 Jun 2023.

BANTUAN KREDIT E-TUNAI RM200

Pada sidang pembentangan Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan dikenali sebagai program eBelia Rahmah. Melalui program tersebut, rakyat boleh mendapatkan bantuan kredit e-tunai RM200 secara percuma.

Tujuan utama perlaksanaan program ini adalah bagi terus memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada golongan belia. Dengan adanya insentif ini dalam meringankan beban kewangan mereka.

Melalui program ini, ia akan memberi manfaat kepada sekitar 2 juta belia menerusi tawaran kredit e-tunai RM200. Kredit ini boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih iaitu Boost, Touch N Go ewallet dan Setel.

TEMPOH TUNTUTAN E-TUNAI

Kepada mereka yang berkelayakan masih belum terlambat, tarikh sah laku tebus bantuan kredit ebelia rahmah ini dibuka bermula 26 Jun sehingga 22 Ogos. Kepada yang layak claim, amaun tersebut perlu dibelanjakan sebelum tarikh luput pada 31 Ogos 2023.

KELAYAKAN (EBELIARAHMAH)

Di bawah adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi tuntutan kredit eBelia Rahmah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Individu yang telah mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023
  • Pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023 (Tanpa had umur)
  • Mahasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berdaftar dengan kementerian

CARA DAFTAR & TUNTUT BANTUAN

Kepada yang menepati kelayakan, anda boleh daftar dan tuntut bantuan kredit e-tunai percuma bernilai RM200 secara online. Untuk tuntutan, sila layari laman rasmi eBelia Rahmah – KLIK DISINI

Nota : Data akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dan pengkalan data kerajaan yang berkenaan.

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban mereka yang terjejas. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button